Assalamualaikum dan salam sejahtera. Warga Sk Bahagia, Tawau ingin mengucapkan kepada semua salam Maulidurrasul 2015.
.
.

,
,
Thursday, 24 December 2015
Saturday, 21 November 2015
SELAMAT BERCUTI SEKOLAH...
Assalamualaikum, warga SK Bahagia Tawau ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua murid-murid. Isilah waktu cuti dengan aktiviti dan program yang berfaedah. Jangan lupa belajar juga ya! Jumpa tahun hadapan :)
Friday, 20 November 2015
TAHNIAH SEKALI LAGI: TERBAIK PENGURUSAN DAN BILIK LINUS. PENGHARGAAN TERBAIK UPSR 2015
Assalamualaikum, salam sejahtera, Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah bersyukur sekali lagi kerana di hujung persekolahan ini, Sk Bahagia Tawau sekali lagi menerima anugerah Pengurusan LINUS dan BILIK LINUS terbaik serta anugerah penghargaan Kecemerlangan UPSR 2015 yang disampaikan oleh PPD Tawau dalam satu majlis apresiasi di Sin Hwa Tawau malam tadi. Tahniah kepada penyelaras Linus Puan Hainon dan PK Kurikulum, Puan Dayang yang menerima anugerah tersebut. Kejayaan ini adalah milik warga Sk Bahagia, Tawau. TAhniah...andalah semua terbaik!
MAJLIS MAKAN MALAM KESYUKURAN DAN JASAMU DIKENANG.
Satu majlis makan malam kesyukuran dan penghargaan telah diadakan bagi tujuan kesyukuran serta menghargai khidmat bakti semua warga SK Bahagia Tawau yang telah banyak melakarkan kecemerlangan sepanjang tahun ini. Makan malam tersebut bertempat di Hotel Promenade, Tawau. Majlis ini juga menghargai Puan Kamisah Anggail yang akan berpindah serta barisan guru-guru internship yang telah banyak bekerjasama dengan warga sekolah. Makan malam ini telah ditaja oleh Datuk Pang Yuk Ming DUN 58 MEROTAI. ucapan terima kasih diucapkan kepada Datuk atas kesudian menaja makan malam seterusnya menghargai khidmat bakti seluruh warga SK Bahagia, Tawau.
Boleh lihat gambar gambar penuh di sini
Wednesday, 18 November 2015
Sambutan Hari Jadi Mega kali ke-2 (JULAI - DISEMBER) 2015
Di bawah kelolaan Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Guru Penyayang, majlis hari jadi mega telah dilaksanakan bagi kali ke-2 untuk meraikan murid-murid Sk Bahagia, Tawau yang meraikan hari jadi dari bulan Julai hinggalah Disember. Dirasmikan oleh Tuan Haji Herman Kuraga pegawai daripada Pejabat Pendidikan Daerah Tawau.
1. Untuk melihat suasana ceria majlis klik di sini
2. Untuk melihat adik-adik yang menyambut hari jadi mengikut tahun klik di bawah
Tahun 1
Tahun 2
Tahun 3
Tahun 4
Tahun 5
Tahun 6
Tuesday, 17 November 2015
TAHNIAH PENCAPAIAN CEMERLANG UPSR 2015
ALHAMDULILLAH, syukur kepada Allah di atas pencapaian ke-5 terbaik seluruh Sabah dalam UPSR 2015 tahun ini. Tahniah kepada semua calon-calon UPSR di atas kejayaan ini. Penghargaan dan syabas kepada pentadbir dan Warga SK Bahagia Tawau termasuklah barisan guru-guru yang telah berhempas pulas memastikan persediaan tahun 6 menghadapi peperiksaan. Semoga dapat meneruskan kecemerlangan di masa hadapan. Amiin ya Rabbal Alaminn.
GURU Besar Encik Ismail Banchir mewakili Sk Bahagia, Tawau untukmenerima anugerah pencapaian UPSR terbaik (top 5) di Kota Kinabalu yang disampaikan oleh pengarah JPN Sabah, Datuk Jame Alip. Ahamdulillah Tahniah sekali lagi kepada semua warga Sk Bahagia Tawau, calon2 UPSR dan semua ibubapa...
GURU Besar Encik Ismail Banchir mewakili Sk Bahagia, Tawau untukmenerima anugerah pencapaian UPSR terbaik (top 5) di Kota Kinabalu yang disampaikan oleh pengarah JPN Sabah, Datuk Jame Alip. Ahamdulillah Tahniah sekali lagi kepada semua warga Sk Bahagia Tawau, calon2 UPSR dan semua ibubapa...
Saturday, 14 November 2015
MAJLIS GRADUASI TAHUN 6 SK BAHAGIA TAWAU 2015.
Satu majlis graduasi tahun 6 Sk Bahagia, Tawau 2015 telah dilaksanakan pada hari Sabtu lalu. Majlis ini bertujuan meraikan pelajar dan murid tahun 6 sepanjang berada di SK Bahagia, Tawau. Tahniah diucapkan kepada semua murid-murid tahun 6 dan semoga memperoleh kecemerlangan. Majlis telah dirasmikan oleh Timbalan PPD Tawau iaitu Encik Abdul Hadi dan Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar.
Saksikan juga video kenangan graduasi tahun 6 2015 iaitu termasuk video transisi tahun 1 2010 dan kenangan sepanjang tahun 2015.
(Boleh lihat gambar penuh perjalanan majlis dan penerima anugerah di sini)
Kedatangan Perasmi, Encik Abdul Hadi Timbalan PPD Tawau.
Ucapan Guru Besar Encik Ismail Banchir :
Ucapan Wakil Pelajar Tahun 6 Adik Arjuna:
Ucapan perasmi , Encik Abdul Hadi :
Graduan Tahun 6 2015 :
Penerima Anugerah-Anugerah Khas :
Gambar Kenangan :
Tuesday, 10 November 2015
MAJLIS JAMUAN MAKAN AKHIR TAHUN WARGA SK BAHAGIA, TAWAU 2015
Majlis jamuan makan akhir tahun warga SK Bahagia, Tawau 2015 di Heritage Hotel. Walaupun sibuk dengan tanggungjawab sebagai pendidik, inilah antara satu satunya program warga SK Bahagia dapat berkumpul dan menjalinkan dan merapatkan sillaturrahim. Seronok dan ceria majlisnya.... Dihadiri oleh tetamu jemputan pegawai PPD Tawau Encik Abdul Hadi, Encik Abdul Majis, Encik Chok Mui Fah, YDP PIBG Encik Iriansa, yang diraikan Encik Abdul Kiram, Puan Hajah Aziah dan Puan Hjh Erna Yudin. Penghargaan kepada Unit Kebajikan SK Bahagia Tawau yang menganjurkan majlis penuh ceria ini..
Untuk gambar-gambar penuh yang lain sila klik di sini
Monday, 9 November 2015
Selamat Hari Deepavali 2015
Warga Sk Bahagia, Tawau dan Unit Buletin Sekolah ingin mengucapkan Salam Deepavali kepada rakan-rakan beragama Hindu yang menyambutnya. Raikan dengan suasana ceria dan penuh semangat satu Malaysia!
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN
Warga Sk Bahagia, Tawau ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua murid Sk Bahagia, Tawau dalam peperiksaan akhir tahun 2015. Bertawakal lah kepada Allah dan buatlah yang terbaik. Amiin.
Friday, 6 November 2015
Lawatan Pemantauan Internship oleh Timbalan Rektor IPGM dan Pengarah/Pensyarah IPGM Kampus Tawau.
Lawatan pemantauan guru guru internship oleh timbalan rektor IPGM (Institut Pendidikan Guru Malaysia) dan pengarah serta pensyarah IPGM Kampus Tawau. Tahniah kepada guru guru internship yang telah banyak membantu dan melaksanakan program utama sekolah. Syabas diucapkan di atas kecemerlangan...Guru guru internship Sk Bahagia, Tawau terdiri daripada Cikgu Mohd Imran, Cikgu Nina Shakina, Cikgu Abdullah, Cikgu Abidin, Cikgu Nazri, Cikgu Hajamirda, Cikgu Noridahyu, Cikgu Roseminah dan Cikgu Nur Aisyah
Tahiah di atas kecemerlangan internship! Semoga terus sukses..Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)