Unit Buletin Sk Bahagia Tawau dengan sukacitanya mengucapkan kepada semua warga SK Bahagia, Tawau selamat bercuti. Semoga kita semua berada dalam perlindungan Allah. Insya-Allah amiin
.
.

,
,
Saturday, 30 May 2015
Penutupan Bulan Pusat Sumber dan Sambutan Hari Jadi Mega Sk Bahagia,Tawau.
Sebelum bermulanya cuti penggal pertama, satu majlis penutupan bulan Pusat Sumber SK Bahagia telah diadakan di dewan sekolah. Penyampaian hadiah turut dilaksanakan untuk setiap aktiviti dan pertandingan yang dijalankan sepanjang sambutan bulan tersebut. Penutupan ini disempurnakan oleh Encik Ismail Banchir, Guru Besar SK Bahagia, Tawau. Tetamu jemputan ialah Encik Iriansa selaku YDP PIBG SK Bahagia Tawau. Setelah berlangsungnya penutupan disambung pula dengan majlis sambutan hari jadi mega bagi murid-murid yang lahir dari bulan Januari hingga Mei. Majlis begitu meriah dan ceria dengan murid-murid serta ibu bapa yang sudi menyumbangkan kek untuk bersama-sama meraikan majlis tersebut. Terima kasih kepada semua warga SK Bahagia yang telah memberikan komitmen sebelum, semasa dan selepas program . Andalah yang terbaik. Kepada semua warga SK Bahagia, selamat bercuti!
Suasana sebelum majlis bermula :
Ucapan penutupan oleh Encik Ismail Banchir, Guru Besar SK Bahagia, Tawau:
Gimik penutupan big book menghimpunkan kesemua gambr dokumentasi sepanjang bulan sambutan Pusat Sumber Sekolah :
Penyampaian hadiah kepada semua pemenang yang mengikuti aktiviti dan program pertandingan sepanjang sambutan bulan Pusat Sumber Sekolah :
Anugerah nilam guru :
Sambutan Hari Jadi Mega SK
Bahagia Tawau :
Sunday, 24 May 2015
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SEMESTER 1
Assalamualaikum dan salam sejahtera..buat murid2 Sk Bahagia, selamat mengulang kaji pelajaran...agih masa dengan bijak..apapun selamat menduduki peperiksaan semester 1...ikhlaskan diri dan niat..serta jawablah dengan tenang kerana Allah...insya Allah semoga semuanya peroleh kejayaan insyaAllah...amiin
Bengkel menjawab soalan Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik UPSR
Bengkel menjawab soalan matematik dan sains juga telah dilaksanakan khasnya untuk calon calon UPSR Sk Bahagia tawau. Penceramah untuk bengkel matematik ialah Encik Jamaludin Mustaring daripada Sk Merotai Besar dan bagi bengkel sains pula ialah Encik Ismail Biko Daripada Sk Melodi. Penceramah Bahasa Inggeris pula ialah Puan Nirmaladevi a/p Kandasamy daripada Sk St Patrick, Tawau. Bagi subjek Bahasa Malaysia pula ialah guru Sk Bahagia sendiri iaitu Encik Sabir Mapeala. Terima kasih di atas kesudian memberikan komitmen menyampaikan ceramah dan bengkel.
Monday, 18 May 2015
VIDEO DOKUMENTASI SAMBUTAN HARI GURU 2015 PERINGKAT SK BAHAGIA, TAWAU.
Tahniah kepada semua warga Sk Bahagia, terutamanya kelab kebajikan guru dan murid-murid SK Bahagia yang telah memberikan komitmen terbaik dalam menjayakan program sambutan hari guru peringkat sekolah pada 18 Mei 2015. Terimalah video dokumentasi sepanjang program tersebut berlangsung:
Saturday, 16 May 2015
KARNIVAL BIJAK PRASEKOLAH ZON BANDAR DAN ZON SEBATIK
Karnival Bijak Prasekolah Zon Bandar dan Zon Sebatik telah dilaksanakan dan diadakan di SK Tanjung Batu Keramat, Tawau. Sk Bahagia, Tawau juga turut menghantar kontinjen Pra Sekolah untuk turut serta dalam beberapa aktiviti dan sukan. Tahniah diucapkan kepada guru-guru pra sekolah SK Bahagia yang diketuai oleh Puan Noor Syahida Md Noh dan dibantu oleh pembantu pra sekolah serta warga SK Bahagia yang telah memberikan sokongan dan bantuan dalam menyediakan murid-murid pra sekolah untuk setiap aktiviti.
Friday, 15 May 2015
LAWATAN KAJIAN LAPANGAN PKG TAWAU DAN PKG KUNAK KE SK BAHAGIA, TAWAU.
Sk Bahagia Tawau, sangat bebesar hati menerima kunjungan dan lawatan kajian lapangan daripada PKG TAWAU dan PKG Kunak ke sekolah ini. Rombongan lawatan lebih berfokuskan kepada penggunaan ICT di SK Bahagia dan tumpuan utama ialah bilik komputer dan bilik akses. Rombongan disambut oleh guru besar Encik Ismail Banchir dan juga penyelaras ICT sekolah iaitu Puan Suhaila Sahabuddin. Terima kasih diucapkan kerana sudi memilih SK Bahagia untuk tujuan kajian dan lawatan.
Subscribe to:
Posts (Atom)