Assalamualaikum, telah berlangsung ceramah motivasi tahun 6 super iltizam yang telah dilaksanakan di bilik gerakan sekolahpada hari sabtu . Kaunselor jemputan ialah Encik Jupri daripada SK Pasir Putih Tawau. Tahniah kepada semua ajk yang memastikan program berjalan dan adik adik tahun 6 yang telah memberikan komitmen sepanjang program yang telah dilaksanakan.
.
.

,
,
Saturday, 27 February 2016
ENGLISH IN CAMP (BEST CAMPERS AND THIRD BEST GROUP) 2016
Satu perkhemahan bahasa Inggeris telah dianjurkan oleh unit bahasa PPD Tawau dengan bantuan kerjasama oleh SK Merotai Kecil. Perkhemahan 2 hari 1 malam ini telah dilaksanakan di SK Merotai Kecil dan padat dengan aktiviti berkaitan Bahasa Inggeris yang menyeronokkan dan pastinya memberikan banyak manfaat dan kebaikan kepada semua peserta. Kontinjen Sk Bahagia, terdiri daripada adik Adam Abdul Aziz yang memperoleh Ahli Perkhemahan terbaik (best campers) dan juga adik Marinah Ab Rajik yang menjadi ahli kumpulan ke-3 terbaik keseluruhan. Tahniah diucapkan.
Monday, 22 February 2016
KEJAYAAN DI MTQ PERINGKAT ZON 2016
Assalamualaikum, Majlis Tilawah Al Quran 2016 yang telah dilaksanakan beberapa minggu yang lalu. Tahniah kepada adik adik yang menang dan semoga meneruskan usaha dan kecemerlangan. Kptsn MTQ : Siti Aishah(no-3 Tlwh Perempuan)
Afnan Afian (no-3 Hafazan Lelaki)
Ummu Hannan (no.2-Hafazan Perempuan) tahniah juga kepada team guru pembimbing yang terdiri daripada ustaz dan ustazah Sk Bahagia, tawau. TAHNIAHH sekali lagi..Alhamdulillah.. P/s rasa semangat melihat adik adik cilik kita beraksi...kecil kecil sudah banyak potensi, semoga berjaya dan menjadi insan terbaik kelak amiin
Friday, 19 February 2016
PERKHEMAHAN NGO DAERAH TAWAU
Satu perkhemahan badan beruniform bukan kerajaan (NGO) telah diadakan selama 3 hari dua malam bertempat di SMK Pasir Putih Tawau. Dianjurkan oleh PPD Tawau dan juga SMK Pasir Tawau. Sk Bahagia, telah menghantar kontinjen seramai 5 orang iaitu terdiri daripada 4 orang lelaki dan seorang perempuan. 2 ahli pengakap dan 3 orang ahli PBSM. Aktiviti perkhemahan padat dengan pengisian aktiviti relevan dan pastinya memberikan banyak manfaat kepada para peserta. Tahniah kepada kontinjen SK Bahagia,yang turut mendapat tempat ke-3 persembahan kebudayaan .
Sunday, 14 February 2016
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
Warga SK Bahagia, Tawau mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua murid-murid setelah bercuti seminggu sempena Tahun Baru Cina 2016. Semoga kembali dengan semangat baharu dan salam belajar.
Sunday, 7 February 2016
SALAM TAHUN BARU CINA 2016
WARGA SK BAHAGIA, TAWAU ingin mengucapkan salam Tahun Baru Cina 2016 kepada semua yang meraikannya. Sambutlah dengan semangat satu Malaysia. Juga diucapkan selamat bercuti.
Saturday, 6 February 2016
MAJLIS APRESIASI MURID SK BAHAGIA, TAWAU 2015
Alhamdulillah, dengan izin-Nya dapatlah dilaksanakan Program Majlis Apresiasi Murid 2015 yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Pang Yuk Ming. Di atas sebab yang tidak dapat dielakkan, majlis ini terpaksa dilaksanakan pada tahun ini. Penghargaan kepada semua AJK pelaksana yang bertungkus lumus memastikan perjalanan majlis berjalan dengan lancar. Antara tetamu jemputan termasuklah pegawai PPD Tawau Encik Irwan dan YDP PIBG Encik Iriansa. Tahniah kepada semua murid yang berjaya dan teruskan kecemerlangan. Yang kurang berjaya, teruskan usaha kerana kejayaan itu berada di mana-mana. Semoga adik-adik semua lebih yakin dan bersemangat untuk meneruskan kecemerlangan.
Untuk melihat gambar suasana majlis yang lengkap klik di sini.
Untuk melihat gambar penerima anugerah bahagian 1 klik di sini
Untuk melihat gambar penerima anugerah bahagian 2 klik di sini.
Kedatangan YB Datuk Pang Yuk Ming
Antara Tetamu jemputan yang hadir
Ucapan Alu-aluan GB Encik Ismail Banchir
Ucapan perasmian Datuk Pang Yuk Ming
Antara Penerima Anugerah
Antara Penerima Anugerah
Monday, 1 February 2016
VIDEO PENUH SUPER ILTIZAM
Jum saksikan video Super Iltizam sebagai simbolik program khas tahun 6 2016 pada tahun ini. Ekslusif hanya di Sk Bahagia, Tawau.
PELANTIKAN PENGAWAS DAN PERASMIAN PROGRAM KHAS TAHUN 6 "SUPER ILTIZAM" 2016.
ALHAMDULILLAH,Dua pelancaran penting telah dilaksanakan pada perhimpunan minggu ini dimana pelantikan pengawas 2016 telah dilaksanakan dan juga pelancaran rasmi penjenamaan program khas tahun 6 iaitu 'Super Iltizam' yang membawa tema superhero. Dirasmikan oleh GB Encik Ismail Banchir dan majlis berjalan dengan lancar. tAHNIAH KEPADA SEMUA GURU YANG TELAH BERTUNGKUS LUMUS memastikan program berjaya. Semoga usaha kita untuk murid memperolehi keberkatan dan rahmat daripada-Nya amiin.
Untuk melihat gambar-gambar suasana pelantikan dan perasmian sila klik di sini.
Subscribe to:
Posts (Atom)