Alhamdulillah, satu lagi aktiviti pasca UPSR iaitu mini kursus Haji telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih dan penghargaan kepada penceramah Ustaz Zakaria Abd Rashid. Sememangnya agak berinformatif dan penuh maklumat relevan mengenai teori dan amali Haji. Semoga dengan kursus dan amali ini dapst memberikan sedikit gambaran kepada peserta cara dan bagaimana Ibadah Haji dilaksanakan. Terima kasih dan syabas sekali lagi kepada semua yang terlibat menjayakan program ini
.
.

,
,
Thursday, 26 October 2017
Wednesday, 25 October 2017
Monday, 23 October 2017
Wednesday, 18 October 2017
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA LUMPUR-JB-MELAKA 2017 SERONOK !!!
ALHAMDULILLAH, lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Melaka berjalan dengan lancar. Apa yang penting objektif dan matlamat mengenal dengan lebih dekat serta menimba pengalaman di negeri orang tercapai. Terima kasih kepada barisan guru pengiring yang diketuai oleh Encik Ismail Banchir dan beberapa orang guru yang mengiring dan mengurus kebajikan peserta lawatan kita yang terdiri daripada murid-murid tahun 6. Lawatan ini juga merupakan program tahunan yang juga antara aktiviti pasca UPSR. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menderma sumbangan dan membantu melicinkan lagi lawatan ini. Terima kasih sekali lagii.
Wednesday, 11 October 2017
Tuesday, 10 October 2017
Monday, 9 October 2017
TEMASYA SUKAN TAHUNAN KALI KE 14 MERIAH!
ALHAMDULILLAH, temasya dan kejohanan sukan tahunan Sk Bahagia Tawau kali ke-14 2017 akhirnya melabuhkan tirainya. Perasmian Penutupan disempurnakan oleh Encik Hamiddi Danin YDP PIBG Sk Bahagia Tawau. Terima kasih tuan dan juga para ibubapa yang sudi hadir memeriahkan lagi suasana temasya kali ini. Syabas kepada para AJK dan Pengelola yang komited dan dedikasi memastikan segalanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah, jumpa lagi di tahun hadapan. Amiin
Untuk lihat gambar dokumentasi penuh sila klik disini
(Pastikan anda telah masuk ke akaun FB anda terlebih dahulu )
Team Buletin sekolah mengambil inisiatif mereka desain maskot rasmi Sukan Tahunan ala-ala Sea Games, memperkenalkan Iltizam Junior! :
Iltizam Junior dalam beberapa acara sukan :
Logo rasmi sukan tahunan kali ini :
Promo iklan kita juara! :
Pungutan pingat di akhir kejohanan. Tahniah Hijau!
Subscribe to:
Posts (Atom)