.

.

.

.

,

,
,

Saturday, 22 August 2015

Kem Bestari Solat 2015.

Program Kem Bestari Solat telah diadakan dengan anjuran Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Program ini turut dibantu oleh pelajar-pelajar SM Islamiyah Tawau yang menjadi fasilitator dalam membimbing murid-murid dengan amali dan bacaan doa dalam solat. Perasmian dan penutupan telah disempurnakan oleh GB Encik Ismail Banchir dan turut dihadiri oleh barisan pentadbir SK Bahagia, Tawau. Syabas kepada AJK Pelaksana dan murid-murid yang hadir dalam program ini. Semoga memperoleh ilmu berguna dan dipraktikkan dalam amalan seharian. In Sya Allah..amiin.


(Sila klik pada gambar untuk paparan lebih besar) 
















Tonton versi video dokumentasi disini :


Assalamualaikum terimalah video dokumentasi ringkas program Kem Bestari Solat 2015 SK Bahagia, Tawau anjuran Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab dengan kolaborasi pelajar SM Islamiyah Tawau. Perasmian dan penutupan oleh GB Encik Ismail Banchir . Tahniah dan syabas kepada murid-murid yang hadir dalam program ini mudahan segala ilmu dan pengetahuan yang diperolehi dapat diaplikasikan dalam amalan setiap hari. In syaa Allah.... P/S pastikan tekan HD untuk kualiti yang terbaik dan sambungan internet yang laju untuk video yang lebih lancar. Mohon maaf kerana sari kata dalam video ini sedikit laju....selamat menonton :) (Unit Buletin Sk Bahagia, Tawau)
Posted by Shamsudin Tami on Saturday, 22 August 2015

Wednesday, 19 August 2015

Jamuan Penutupan Kokurikulum SK Bahagia, Tawau 2015.

Satu Jamuan Penutupan Kokurikulum 2015 Sk Bahagia Tawau telah diadakan bertempat di kantin sekolah. Penutupan disempurnakan oleh Penolong Kanan Kokurikulum sendiri iaitu Encik Samsuddin Hj Ambo Rasida yang turut dihadiri oleh GB Encik Ismail Banchir. Syabas dan tahniah kepada semua murid murid yang hadir dalam semua kegiatan KOKURIKULUM sepanjang tahun ini. Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dan berguna untuk diri sendiri.Terima kasih juga kepada para ibubapa murid2 SK Bahagia Tawau yang sudi membekalkan juadah makanan dan minuman bagi jamuan penutupan ini. Terima kasih pada semua warga SK Bahagia dan guru guru penasihat yang bertungkus lumus dalam memastikan setiap program KOKUM berjalan dengan mantap, efektif lagi efisyen..syabas! Andalah penjana generasi gemilang!

Sila klik gambar di bawah untuk melihat paparan yang lebih besar :
















Tuesday, 18 August 2015

Perasmian Bulan Sambutan Hari Kebangsaan 2015, Pameran Buku PTS dan Bengkel Penulis Muda.

Perasmian sambutan bulan Hari Kebangsaan 2015 telah dilaksanakan di Sk Bahagia, Tawau oleh GB sekolah iaitu Encik Ismail Banchir. Kemudian aktiviti pameran buku PTS dijalankan iaitu antara program sulung dalam bulan sambutan Hari Kebangsaan 2015 tersebut. Bengkel penulis muda turut dilaksanakan dengan lebih kurang 40 peserta dan disampaikan oleh Cik Rasheila Nurain iaitu seorang penulis di syarikat PTS.

Saksikan video dokumentasi perjalanan Perasmian sambutan Hari Kebangsaan 2015, Pameran Buku dan Bengkel Penulis Muda...

Terimalah video dokumentasi perasmian sambutan bulan Hari Kebangsaan 2015 peringkat SK Bahagia, Tawau...disusuli dengan pameran buku PTS Publications dan juga bengkel penulis muda dan Komik yang disampaikan oleh penulis PTS sendiri iaitu Cik Rasheila Nurain.....perasmian dan penutupan bengkel disempurnakan oleh GB Encik Ismail Banchir ..p/s sila tekan HD untuk kualiti yang lebih baik dan pastikan juga sambungan internet anda laju bagi menonton video yang lebih lancar....salam Hari Kebangsaan 2015 #sehatisejiwa

Posted by Shamsudin Tami on Monday, 17 August 2015
Atau boleh juga lihat gambar-gambar dokumentasi:
Suasana persediaan perasmian:




Khusyuk menyanyikan lagi #sehatisejiwa


Gimik pelancaran/perasmian sambutan bulan kebangsaan:



Ucapan GB Encik Ismail Banchir :


Nyanyian koir :



Pameran Buku PTS :



Bengkel pemulis muda yang disampaikan oleh
Cik Rasheila Nurain penulis PTS :





Saturday, 15 August 2015

Aktiviti Pemasangan Bendera Jalur Gemilang dan Negeri Sabah di bawah bayu.

Aktiviti dan gotong royong warga Sk Bahagia, Tawau memasang bendera Malaysia dan Negeri Sabah di bawah bayu sempena bulan Hari Kebangsaan 2015. 










Thursday, 6 August 2015

Salam Hari Kebangsaan 2015 : Sehati Sejiwa.

Unit Buletin SK Bahagia Tawau, ingin mengucapkan kepada komuniti Sk Bahagia dan seluruh warga Malaysia salam kemerdekaan ke 58 dan salam Hari Kebangsaan 2015. Semoga Allah memberkati negara kita kini dan selamanya. Amiin

Logo kemerdekaan yang ke-58 
Boleh dengar lagu kemerdekaan yang ke-58 di sini :




Monday, 3 August 2015

Ujian Percubaan UPSR 2015

Minggu ini satu ujian percubaan UPSR 2015 telah dilaksanakan. Semoga berjaya kepada calon-calon UPSR 2015. Insya Allah amiin....

Suasana tekun calon UPSR menjawab soalan :



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...