.

.

.

.

,

,
,

Tuesday, 25 October 2016

PROGRAM IGCSE IS MY DREAM KOLABORASI MRSM TUN MUSTAPHA TAWAU

Pada minggu ini satu sesi bimbingan motivasi iaitu PROGRAM 'IGCSE IS MY DREAM' yang dianjurkan oleh MRSM TUN Mustapha Tawau. Program ini melibatkan pelajar tahun enam Sk Bahagia dan dikendalikan oleh guru-guru dan pelajar mrsm. Program lebih kepada bimbingan motivasi. Dirasmikan oleh GB Encik Ismail Banchir. Penghargaan kepada rombongan mrsm yang sudi berkolaborasi dengan sekolah sebagai salah satu aktiviti pasca upsr.









Saturday, 15 October 2016

KEMUNCAK HARI SUKAN TAHUNAN SK BAHAGIA 2016 KALI KE-13



Penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Datuk Azizul Tandek beserta rombongan yang sudi datang merasmikan acara kejohanan sukan Tahunan SK Bahagia Tawau 2016. Walaupun hujan renyai tidak mematahkan sedikit pun semangat kental dan waja setiap murid2 untuk meneruskan acara sukan di hari kemuncak. Terima kasih kepada ibubapa yang sudi hadir dan memberikan sokongan yang tidak terhingga...Syabas dan tahniah kepada barisan pengelola sukan tahunan tahun ini yang diketuai oleh Encik Samsuddin PK KOKUM dan penyelaras sukan tahunan Encik Nur Salam Salim. Syabas dan tahniah juga kepada semua guru-guru penasihat yang bertungkus-lumus mengurus dan melatih murid-murid dalam acara perbarisan mahupun sukan. Semoga usaha kita memperoleh keberkatan daripada Allah. Tahniah kepada rumah Merah yang mengungguli juara keseluruhan, diikuti rapat oleh rumah Kuning, dan ketiga rumah Hijau dan keempat rumah Biru. Teruskan usaha dan jangan pernah berputus asa. 

Jumpa lagi di tahun hadapan in sya Allah. 

Untuk melihat gambar-gambar dokumentasi lain yang penuh, sila klik di sini
(Sila pastikan anda sudah log in ke akaun FB anda sendiri)












Untuk gambar penuh para pemenang sila klik di sini:

Pemenang Olahragawan dan Olahragawati :










Thursday, 13 October 2016

TEMASYA SUKAN TAHUNAN 2016 (ACARA 200 M DAN 4 X100M) ACARA PADANG

Temasya sukan tahunan SK Bahagia 2016 kini di hari pertama penentuan dengan acara balapan 200 m dan 4 x 100 m akhir bagi kategori lelaki dan perempuan A dan B. Semangat kesukanan yang tinggi dipamerkan oleh semua atlet dalam meraih tempat 3 terbaik. TAhniah kepada semua yang berjaya, yang kurang berjaya jadikan ia suatu pengalaman bermakna dan cuba lagi di masa akan datang. Syabas dan tahniah kepada semua AJK dan guru-guru penasihat rumah sukan yang bertungkus lumus mengurus atlet dan murid-murid dan memastikan perjalanan sukan berjalan dengan lancar.

Untuk melihat gambar-gambar penuh sila klik di sini
(pastikan anda sudah log in ke akaun FB anda sendiri dahulu)











Saturday, 8 October 2016

SANA SINI SAMBUTAN HARI SUKAN 2016 PERINGKAT SK BAHAGIA TAWAU.

Sana sini sambutan hari sukan 2016 yang telah dilaksanakan di SK Bahagia Tawau cukup sederhana namun tetap meriah. Penghargaan tidak terhingga kepada pada ibubapa yang sudi hadir memeriahkan sambutan hari sukan 2016. Segala sokongan yang diberikan teramat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih. Semoga acara sebentar tadi diberkati dan dirahmati Amiin.














Hari Sukan 2016

Jum ke padang....beramai-ramai memeriahkan lagi hari sukan negara 2016

Sunday, 2 October 2016

SELAMAT TAHUN BAHARU AWAL MUHARRAM 1438H

Assalamualaikum diucapkan kepada semua muslimin dan muslimat SalamTahun Baharu 1438H. Semoga Allah memberkati, melindungi dan merahmati kita selalu. Amin ya rabbal alamin. Sentiasa Bahagia dimana jua kita berada amiin


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...