.

.

.

.

,

,
,

Saturday, 16 September 2017

SELAMAT HARI MALAYSIA 2017

Admin dan seluruh Warga Sk Bahagia Tawau mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia 2017 kepada semua komuniti SK Bahagia Tawau. Semoga negara kita sentiasa dalam perlindungan Allah SWT dan terus melakar kejayaan dan kecemerlangan. Semoga kita semua senantiasa dalam rahmat, berkat daripada Allah dan semoga kita senantiasa bahagia hendaknya. Amiin ya rabbal alamin.


Thursday, 14 September 2017

AKAN DATANG......#BersamaMenjulangKejuaraan

anda sudah bersedia ? #akandatang #BersamaMenjulangKejuaraan #SukanTahunan2017

Posted by Skbahagia Tawau on Thursday, 14 September 2017

Sunday, 10 September 2017

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR 2017 SUPERILTIZAM!

Semoga kecemerlangan dan kejayaan milikmu adik adik tahun 6 SuperIltizam 2017. Semoga Allah permudahkan perjalanan dan perjuanganmu. Selamat berjuang dan selamat menduduki UPSR Amin ya rabbal alamin.

Tuesday, 5 September 2017

MAJLIS POHON RESTU SUPERILTIZAM 2.0 CALON UPSR 2017

Pada hari Selasa lalu, telah diadakan sedikit Majlis Pohon Restu SuperIltizam 2.0 2017 bagi calon-calon UPSR yang akan menduduki UPSR minggu hadapan. Kepada adik-adik calon UPSR guru-guru anda telah berkorban dan telah mencurahkan segalanya untuk anda dan pastinya Ibu Bapa juga telah memberikan segalanya yang perlu dan kini, pilihan di tangan anda. InsyaAllah doa akan sentiasa mengiringi adik-adik. Buatlah yang terbaik kerana Allah, ibubapa , diri sendiri dan guru-guru mu. Didoakan semoga semua adik adik calon UPSR SK Bahagia Tawau memperoleh kecemerlangan dalam UPSR 2017. Semoga Allah mempermudahkan urusan adik-adik calon UPSR SK Bahagia Tawau dan seluruh Malaysia. Usaha dan tawakal bersungguh-sungguh kerana Allah. Semoga Allah mempermudahkan urusan dan kita semua amin ya rabbal alamin.

Ucapan dan motivasi ringkas daripada GB Encik Ismail Banchir. 

Ucapan dan motivasi ringkas oleh kesemua KP subjek teras UPSR SK Bahagia Tawau :





Sesi salam-salaman:





Monday, 7 August 2017

PERASMIAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2017 PERINGKAT SK BAHAGIA TAWAU.

ALHAMDULILLAH, Tahniah kepada barisan pengelola tahun ini iaitu Kelab Bimbingan dan Kerjaya serta Kelab Seni Warisan Sk Bahagia Tawau dan para AJK pelaksana yang telah berjaya melaksanakan satu perasmian penuh istimewa tahun ini bagi menyambut bulan kebangsaan 2017. Gimik perasmian disempurnakan oleh Encik Ismail Banchir dan juga barisan pentadbir sekolah. Sememangnya sungguh membawa kelainan pada kali ini dengan gimik yang penuh simbolik dan unik, pasti menyemarakkan lagi semangat warga Sk Bahagia Tawau dalam menyambut Hari Kebangsaan pada kali ini. Syabas dan Tahniah sekali lagi kepada semua.






Jum saksikan pula gimik 'ais' istimewa yang disempurnakan Tuan GB Encik Ismail Banchir dan barisan pentadbir sebentar tadi. Sememangnya sangat unik dan menarik. Terbaik AJK pengelola dan semua yang terlibat. Tonton sampai habis ok! Pastikan tekan HD untuk kualiti yang lebih tinggi.



Jum saksikan gimik 'ais' istimewa dan perasmian sambutan bulan kebangsaan 2017 peringkat Sk Bahagia Tawau. Sangat menarik dan cukup teristimewa! Salam Hari Kebangsaan, Negaraku Sehati Sejiwa! p/s Jangan lupa tekan butang HD untuk kualiti lebih tinggi.

Posted by Skbahagia Tawau on Monday, 7 August 2017

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...