.

.

.

.

,

,
,

Tuesday, 2 January 2018

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH/HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Selamat kembali ke sekolah bagi sesi 2018 diucapkan kepada semua warga Sk Bahagia Tawau. Anak-anak murid yang tiba ke sekolah di hari pertama ini disambut penuh gembira dan penuh rasa kasih sayang oleh Tuan GB Encik Ismail ditemani para guru-guru di pintu masuk sekolah. Tahniah pada semua yang hadir, semoga adik-adik semua dan para guru dipermudahkan urusan pengajaran dan pembelajaran bagi sesi 2018. Amiin.

Untuk melihat gambar penuh yang lain sila klik di sini.






Perhimpunan pagi berjalan lancar sebagai tanda pembuka tirai 2018 yang dirasmikan oleh Tuan GB Encik Ismail Banchir. 

Untuk melihat suasana perhimpunan pagi hari pertama persekolahan sila klik di sini.









PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2018: MERIAH.

Saturday, 11 November 2017

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL MURID TAHUN 6 2017, MERIAH MENCIPTA KENANGAN TERINDAH!!!

Alhamdulillah, majlis penyampaian sijil murid tahun 6 2017, dapat dilaksanakan dengan jayanya sebentar tadi dan dirasmikan oleh Puan Hajah Chaya binti Sulaiman selaku Ketua Wanita UMNO p191 Kalabakan. Terima kasih Puan Hajah Chaya sudi merasmikan majlis. Terima kasih juga kepada para ibubapa yang hadir menyokong dan menjayakan majlis hari ini. Syabas dan tahniah juga kepada semua AJK yang bertungkus-lumus menjayakan majlis ini. Tahniah kepada semua para lulusan, murid tahun 6 Sk Bahagia Tawau. Anda telah berjaya mengharungi alam sekolah rendah, dan selamat melangkah ke alam sekolah menengah pula ya. Semoga meneruskan kecemerlangan. Amiin.



Untuk melihat foto murid tahun 6 penuh, sila klik ke Bahagian 1 atau Bahagian 2


Tuesday, 7 November 2017

Majlis Sillaturrahim Pra Sekolah, Sk Bahagia Tawau 2017.

Syabas dan tahniah kepada geng pra sekolah dan permuafakatan ibu bapa pra sekolah, Sk Bahagia Tawau yang menjayakan Majlis Sillaturrahim sebentar tadi. Terbaik dan mantap! Syabas kepada semua yang terlibat menjayakan majlis sebentar tadi. Terbaik semuanya. Terima kasih dan kredit foto Puan Hanim Rosinim . Terbaik semuanya. Alhamdulillah.

Promo Iklan Penuh Majlis Penyampaian Sijil Murid Tahun 6 2017. Akan Datang..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...