.

.

.

.

,

,
,

Sunday, 21 June 2015

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin ikhlas daripada warga Sk Bahagia, Tawau.



Assalamualaikum, warga Sk Bahagia ingin mengucapkan salam Ramadhan dan Selamat Hari raya Aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua. Terimalah e-kad raya daripada kami :



Saturday, 20 June 2015

KLINIK TUTOR ASTRO

Pada 20 Jun 2015 satu Klinik Tutor Astro telah diadakan di Dewan Auditorium Library Tawau. Sk Bahagia turut mengambil bahagian dengan menghantar 30 orang peserta untuk mengikuti klinik tersebut, Guru pengiring ialah Puan Mudzleneeh Samir. Diharapkan dengan adanya program seperti ini, calon-calon UPSR mampu menjawab soalan UPSR dengan baik dan memperoleh kejayaan cemerlang in sya Allah amin.


Tuesday, 16 June 2015

TAHNIAH KEPADA SEMUA PENERIMA APC 2014

Tahniah Kepada Semua Penerima APC 2014 Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Tawau.....‪#‎istimewa‬ untuk guru2 SK. Bahagia , En. Abd. Kiram Mustami, Pn. Hanizah Hamzah, Pn. Darliana Dahalan, Pn. Hainon Abu. Bakar dan Pn. Noor Syahida Md Noh....Petikan ucapan perasmian Tim. Pengarah JPN Sabah....'Anda menerima APC bukan kebetulan, bukan sampai giliran tetapi kerana anda memang cemerlang' Moga terus cemerlang....
'Encik Ismail Banchir, GB Sk Bahagia, Tawau.)

Thursday, 11 June 2015

Ramadhan semakin menjelma..


Assalamualaikum, warga SK Bahagia, Tawau ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan bulan penuh keberkatan. Semoga semua amalan kita diterima in sya Allah amiin. 

Saturday, 30 May 2015

Selamat Bercuti Penggal Pertama kepada Semua Warga Sk Bahagia, Tawau.

Unit Buletin Sk Bahagia Tawau dengan sukacitanya mengucapkan kepada semua warga SK Bahagia, Tawau selamat bercuti. Semoga kita semua berada dalam perlindungan Allah. Insya-Allah amiin


VIDEO DOKUMENTASI PENUTUPAN PUSAT SUMBER DAN SAMBUTAN HARI JADI MEGA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, terimalah dokumentasi penutupan sambutan Bulan Pusat Sumber dan Hari Jadi Mega dalam versi video. Memandangkan durasi video agak lama, jadi pastikan internet anda laju ok...hehe sedikit ralat ejaan Anugurah : Anugerah dalam video maaf atas kesilapan. Apapun semoga memori terindah menjadi kenangan ceria buat warga SK Bahagia, Tawau. P/S : Jangan lupa tekan HD untuk kualiti yang lebih baik... ikhlas daripada Unit Buletin SK Bahagia, Tawau.

Posted by Shamsudin Tami on Saturday, 30 May 2015

Penutupan Bulan Pusat Sumber dan Sambutan Hari Jadi Mega Sk Bahagia,Tawau.

Sebelum bermulanya cuti penggal pertama, satu majlis penutupan bulan Pusat Sumber SK Bahagia telah diadakan di dewan sekolah. Penyampaian hadiah turut dilaksanakan untuk setiap aktiviti dan pertandingan yang dijalankan sepanjang sambutan bulan tersebut. Penutupan ini disempurnakan oleh Encik Ismail Banchir, Guru Besar SK Bahagia, Tawau. Tetamu jemputan ialah Encik Iriansa selaku YDP PIBG SK Bahagia Tawau. Setelah berlangsungnya penutupan disambung pula dengan majlis sambutan hari jadi mega bagi murid-murid yang lahir dari bulan Januari hingga Mei. Majlis begitu meriah dan ceria dengan murid-murid serta ibu bapa yang sudi menyumbangkan kek untuk bersama-sama meraikan majlis tersebut. Terima kasih kepada semua warga SK Bahagia yang telah memberikan komitmen sebelum, semasa dan selepas program . Andalah yang terbaik. Kepada semua warga SK Bahagia, selamat bercuti!

Suasana sebelum majlis bermula :






Ucapan penutupan oleh Encik Ismail Banchir, Guru Besar SK Bahagia, Tawau:


Gimik penutupan big book menghimpunkan kesemua gambr dokumentasi sepanjang bulan sambutan Pusat Sumber Sekolah :



Penyampaian hadiah kepada semua pemenang yang mengikuti aktiviti dan program pertandingan sepanjang sambutan bulan Pusat Sumber Sekolah :









Anugerah nilam guru :


Sambutan Hari Jadi Mega SK
Bahagia Tawau :











LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...