.

.

.

.

,

,
,

Wednesday, 4 November 2015

MAJLIS PERSARAAN ENCIK ABDUL KIRAM MUSTAMI

Majis Persaraan  Encik Abdul Kiram. Semoga terus sukses Cikgu Abdul Kiram...

Saksikan video tribut sempena majlis persaraan Cikgu Abdul Kiram. Salam persaraaan dan moga cikgu sukses sentiasa...amiin

Posted by Shamsudin Tami on Friday, 6 November 2015







Monday, 2 November 2015

Perhimpunan Mingguan dan Penyampaian Sijil Pencapaian Karnival ICT 2015

Perhimpunan Isnin dijalankan seperti biasa dengan penyampaian sijil pencapaian karnival ICT daerah Tawau 2015 baru-baru ini.Penyampaian disempurnakan oleh penolong kanan Kurikulum Sk Bahagia, Tawau iaitu Puan Dayang Murni Bte Dullah. Alhamdulillah segala puji bagi Allah diatas segala kejayaan. In sya Allah akan meneruskan usaha dan kecemerlangan di masa akan datang. Antara kejayaan SK Bahagia, Tawau dalam Karnival ICT daerah Tawau 2015 ialah : Naib johan guru ict terbaik : Pn Suhaila Sahabuddin, Johan Laman Blog Rasmi , Johan Video korporat, Johan Permainan Strategi : Adik Syamsul Minggu, Permainan Pendidikan : Adik Siti Aisyah Bagis dan Literasi Digital : Adik Balqis Yusoff.

Sekalung budi juga kepada pihak PKG Tawau, yang telah menilai dan memilih Sk Bahagia, Tawau untuk dianugerahi pencapaian tersebut.











Saturday, 31 October 2015

Tahniah Pencapaian Cemerlang Sk Bahagia, Tawau dalam Karnival Ict 2015

Tahniah kepada warga Sk Bahagia, Tawau yang melakarkan kecemerlangan sekali lagi dalam karnival ict daerah Tawau 2015. Teruskan kecemerlangan, amiin. Berikut merupakan pencapaian Sk Bahagia Tawau yang diperolehi:
Naib johan guru ict terbaik: Puan Suhaila Sahabuddin
Johan video korporat sekolah
Johan laman blog rasmi sekolah
Johan permainan strategik: Adik Syamsul Minggu
Johan permainan pendidikan kumpulan: Adik Siti Aisyah Bagis
Joham literasi digital:Adik Balqis Yusoff 
Tahniah kepada semua warga Sk Bahagia di atas kecemerlangan kali ini..











Saturday, 24 October 2015

Kemuncak Sukan Tahunan Sk Bahagia, Tawau 2015

Dengan Izin Allah, akhirnya dapat jua sukan tahunan SK Bahagia, Tawau 2015 dilaksanakan pada 23 dan 24 Oktober 2015 dengan jayanya. Walaupun terpaksa ditunda akibat jerebu, namun semangat warga SK Bahagia Tawau tidak pernah pudar malah tetap bersemangat menjayakan acara tahunan ini. Dirasmikan oleh Guru Besar SK Bahagia, Tawau iaitu Encik Ismail Banchir dan dihadiri oleh para ibubapa yang turut memeriahkan acara menyaksikan para murid-murid beraksi dalam setiap acara. Keputusan dan johan keseluruhan sukan tahunan kali ini jatuh kepada rumah Merah, naib johan rumah Biru, ketiga rumah Kuning dan keempat rumah hijau. Tahniah kepada semua para pemenang dan yang lain pula jangan berputus asa, teruskan mara ke hadapan!

Tahniah juga kepada seluruh guru-guru yang bertungkus lumus dalam memastikan acara ini dapat berjalan dengan lancar dan jayanya. Walaupun sibuk dengan tugas-tugas lain namun tetap memberikan komitmen yang terbaik dalam menjayakan program tahunan sekolah. 

Persediaan para ajk
(Boleh klik untuk lihat gambar-gambar penuh di sini )






Lintas Hormat Pertandingan Perbarisan
(Boleh klik untuk melihat gambar-gambar penuh di sini)





Para pemenang :
(Boleh klik untuk melihat gambar-gambar penuh di sini)









Friday, 23 October 2015

Sukan Tahunan 2015 Sk Bahagia, Tawau : Hari Pertama.

Telah berlangsungnya acara hari pertama Sukan Tahunan Sk Bahagia, Tawau 2015. Acara pertama merangkumi acara-acara berikut :

Lompat Jauh kategori A dan B
Lompat Tinggi kategori A dan B
Lontar Peluru A dan B
Lari Berganti 50 M

Tahniah kepada semua AJK dan pengurus rumah sukan yang bertungkus lumus mengurus murid dan para atlit. Andalah semua yang terbaik. Tidak dilupakan juga ibubapa yang memberikan sepenuh sokongan.

Penyediaan dan Pengurusan rumah sukan oleh guru-guru.




Aksi Mantap  Lontar Peluru



Aksi Lompat Jauh



Lompat Tinggi



Lari Berganti-ganti 50m (Tahap 1)





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...