Akan datang...
.
.
,
,
Sunday, 13 November 2016
VIDEO MEMORI TERCIPTA KENANGAN TERINDAH KHAS UNTUK TAHUN 6 2016
Video Memori Tercipta Tahun 6 2016. Untukmu kalian murid-murid tahun 6 Sk Bahagia Tawau. Salam Graduasi untukmu. Terimalah picisan kenangan video untuk tatapanmu. Kelak berjaya jangan lupa guru-guru mu. Terbanglah ke awan, gapaila langit impian dan kejarlah cita-cita mu. Salam Graduasi tahun 6 2016. Super Iltizam!! Selamat melangkah ke tingkatan 1! Pengalaman menarik menanti anda! P/S: Sila tekan HD untuk tontonan kualiti tinggi.
(Sila tunggu dalam 30 saat untuk video muncul. Pastikan juga anda sudah masuk ke akaun FB sendiri untuk menonton)
Video Memori Tercipta Tahun 6 2016. Untukmu kalian murid-murid tahun 6 Sk Bahagia Tawau. Salam Graduasi untukmu. Terimalah picisan kenangan video untuk tatapanmu. Kelak berjaya jangan lupa guru-guru mu. Terbanglah ke awan, gapaila langit impian dan kejarlah cita-cita mu. Salam Graduasi tahun 6 2016. Super Iltizam!! Selamat melangkah ke tingkatan 1! Pengalaman menarik menanti anda! P/S: Sila tekan HD untuk tontonan kualiti tinggi.
Posted by Shamsudin Tami on Saturday, 12 November 2016
Saturday, 12 November 2016
MAJLIS GRADUASI TAHUN 6 2016.
Alhamdulillah majlis graduasi tahun 6 yang baharu sahaja dilaksanakan tadi dengan jayanya. Dirasmikan olehTuan Hj Hadi selaku timbalan pegawai pendidikan daerah Tawau. Penghargaan juga kepada ibubapa yang sudi hadir memberikan sokongan kepada majlis sebentar tadi.Tahniah kepada semua para graduasi dan semoga anda teruskan kecemerlangan di masa depan. Kejarlah cita-citamu dan gapaila impian di langit2. Tahniah kepada semua AJK yang mantap memberikan kerjasama dan komitmen dalam memastikan majlis graduasi tahun 6 di fasa sebelum, semasa dan selepas .
Gambar-gambar Graduasi :
Sila klik di sini untuk melihat gambar para graduasi yang lengkap
(Pastikan anda telah masuk akaun FB sendiri terlebih dahulu)
Gambar kandid AJK pelaksana :
Sila klik di sini untuk melihat gambar kandid sana sini sepanjang perjalanan majlis graduasi.
(Pastikan anda telah masuk akaun FB sendiri terlebih dahulu)
Antara gambar-gambar sesi graduan menerima skrol :
Sila klik di sini untuk melihat sesi gambar graduasi menerima skrol yang lengkap.
(Pastikan anda telah masuk akaun FB sendiri terlebih dahulu)
Friday, 11 November 2016
Rombongan Pelajar Kolej Vokasional ke Sk Bahagia, Tawau.
Sk Bahagia Tawau amat berbesar hati menerima rombongan pelajar kolej Vokasional Tawau untuk tujuan penyelenggaraan bilik komputer dan pusat akses. Rombongan diketuai oleh Pensyarah Kolej iaitu Encik Wan Suhaimi dan Encik Sharifuddin. Kedatangan rombongan turut dihadiri Timbalan pengarah Akademik Kolej Vokasional Tawau iaitu Encik Azman Mansor. Kedatagan rombongan amat dialu-alukan oleh GB Encik Ismail Banchir. Pihak sekolah amat berterima kasih kepada pihak Kolej yang sudi datang untuk menyelenggara komputer disamping mengaplikasikan pengetahuan ilmu pengkomputeran yang telah dipelajari pelajar. Diharapkan kolaborasi seperti ini dapat diteruskan lagi di masa hadapan. InsyaAllah amin.
Tuesday, 8 November 2016
Wednesday, 2 November 2016
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SEMESTER AKHIR 2016
Assalamualaikum diucapkan dan didoakan selamat maju jaya kepada semua murid-murid Sk Bahagia Tawau yang akan menduduki peperiksaan akhir semester esok. Lakukan yang terbaik, semoga Allah mempermudahkan segalanya dan semoga adik adik semua dan kita semua memperoleh kejayaan. Amin ya rabbal alamin
Friday, 28 October 2016
HAPPY DEEPAVALI
Warga Sk Bahagia Tawau mengucapkan selamat menyambut hari Deepavali kepada semua rakan-rakan dan masyarakat India yang menyambutnya. Salam muhibbah dan semoga meraikannya dalam penuh kebahagiaan, kegembiraan dan semangat muhibbah. Selamat bercuti juga dan jangan lupa ulang kaji untuk peperiksaan akan datang kepada murid-murid yang dikasihi. Semoga Allah mempermudahkan semuanya amiin.
Subscribe to:
Posts (Atom)



















