.

.

.

.

,

,
,

Saturday 29 August 2015

KEM KECEMERLANGAN UPSR SK BAHAGIA 2015

Kem Kecemerlangan UPSR 2015 yang dilaksanakan selama dua hari satu malam di Sk Bahagia, Tawau khusus untuk murid-murid tahun 6. Pengisian program termasuklah fokus pembelajaran, solat sunat hajat dan dhuha, bacaan yassin. Semoga dengan usaha ini mampu memberikan semangat dan usaha pecutan akhir kepada calon UPSR untuk melakar kecemerlangan dalam peperiksaan. In Syaa Allah amiin. 








Thursday 27 August 2015

DIALOG PRESTASI PRA SEKOLAH SK BAHAGIA TAWAU.

Pada Khamis lalu, satu dialog prestasi Pra Sekolah yang membincangkan tentang pencapaian dan isu isu berkaitan dengan Pra Sekolah bersama-sama dengan waris/ penjaga dan ibubapa murid-murid pra sekolah. Dialog ini dipengerusikan oleh GB sendiri iaitu Encik Ismail Banchir. Diharapkan dengan dialog seperti ini dapat merapatkan lagi hubungan pihak pengurusan pra sekolah dengan ibu bapa serta mampu mencari jalan menyelesaikan isu dan perkara berbangkit.








AKTIVITI DAN PERTANDINGAN SEPANJANG SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2015

Sempena dengan sambutan bulan kemerdekaan 2015, terdapat pelbagai aktiviti dan pertandingan yang dianjurkan oleh persatuan dan kelab di SK Bahagia. Tahniah kepada semua peserta yang menang dan juga kepada penganjur yang bertungkus lumus memastikan setiap aktiviti dan pertandingan berjalan dengan lancar.

Pertandingan Sajak Bahasa Inggeris :






 Pertandingan Menjawikan Tulisan :



Pertandingan Hidden Words :




Pertandingan Tulisan Berangkai Bahasa Inggeris :



Pertandingan Congkak :



Pertandingan Batu Seremban :


Saturday 22 August 2015

Kem Bestari Solat 2015.

Program Kem Bestari Solat telah diadakan dengan anjuran Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Program ini turut dibantu oleh pelajar-pelajar SM Islamiyah Tawau yang menjadi fasilitator dalam membimbing murid-murid dengan amali dan bacaan doa dalam solat. Perasmian dan penutupan telah disempurnakan oleh GB Encik Ismail Banchir dan turut dihadiri oleh barisan pentadbir SK Bahagia, Tawau. Syabas kepada AJK Pelaksana dan murid-murid yang hadir dalam program ini. Semoga memperoleh ilmu berguna dan dipraktikkan dalam amalan seharian. In Sya Allah..amiin.


(Sila klik pada gambar untuk paparan lebih besar) 
















Tonton versi video dokumentasi disini :


Assalamualaikum terimalah video dokumentasi ringkas program Kem Bestari Solat 2015 SK Bahagia, Tawau anjuran Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab dengan kolaborasi pelajar SM Islamiyah Tawau. Perasmian dan penutupan oleh GB Encik Ismail Banchir . Tahniah dan syabas kepada murid-murid yang hadir dalam program ini mudahan segala ilmu dan pengetahuan yang diperolehi dapat diaplikasikan dalam amalan setiap hari. In syaa Allah.... P/S pastikan tekan HD untuk kualiti yang terbaik dan sambungan internet yang laju untuk video yang lebih lancar. Mohon maaf kerana sari kata dalam video ini sedikit laju....selamat menonton :) (Unit Buletin Sk Bahagia, Tawau)
Posted by Shamsudin Tami on Saturday, 22 August 2015

Wednesday 19 August 2015

Jamuan Penutupan Kokurikulum SK Bahagia, Tawau 2015.

Satu Jamuan Penutupan Kokurikulum 2015 Sk Bahagia Tawau telah diadakan bertempat di kantin sekolah. Penutupan disempurnakan oleh Penolong Kanan Kokurikulum sendiri iaitu Encik Samsuddin Hj Ambo Rasida yang turut dihadiri oleh GB Encik Ismail Banchir. Syabas dan tahniah kepada semua murid murid yang hadir dalam semua kegiatan KOKURIKULUM sepanjang tahun ini. Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dan berguna untuk diri sendiri.Terima kasih juga kepada para ibubapa murid2 SK Bahagia Tawau yang sudi membekalkan juadah makanan dan minuman bagi jamuan penutupan ini. Terima kasih pada semua warga SK Bahagia dan guru guru penasihat yang bertungkus lumus dalam memastikan setiap program KOKUM berjalan dengan mantap, efektif lagi efisyen..syabas! Andalah penjana generasi gemilang!

Sila klik gambar di bawah untuk melihat paparan yang lebih besar :
















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...