.

.

.

.

,

,
,

Friday 22 July 2016

Sambutan Raya, Jamuan Kelas ke Kelas Sk Bahagia Tawau 2016

Assalamualaikum, warga Sk Bahagia Tawau ingin mengucapkan berbanyak banyak terima kasih dan penghargaan kepada semua ibu bapa murid murid Sk Bahagia yang dikasihi, kerana sudi menyediakan juadah untuk jamuan beberapa buah kelas sepanjang Syawal ini. Sekalung budi sekali lagi diucapkan kepada ibu dan bapa, anak anak murid yang sudi membawa juadah jamuan yang begitu menyelerakan dan sedap sekali untuk jamuan kelas masing-masing. Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua, semoga Syawal tahun ini diberkati dan dilimpahi rahmat Allah amiin ya rabbal alamin...terbaiklah semua ibu bapa warga Sk Bahagia, Tawau...








Sunday 17 July 2016

PROGRAM PENINGKATAN UPSR 2016


Assalamualaikum salam sejahtera, berita dan program terkini sekolah:

PROGRAM SUMMER CAMP SIRI 2
Dilaksanakan pada 15 -17 julai 2016
17 buah sekolah rendah sekitar N58 Merotai. Seramai 10 orang murid Sk BahagiaTawau telah menyertai program ini dan dirasmikan perasmian dan penutupannya oleh Datuk Pang Yuk Ming. TAHNIAH kepada peserta Sk Bahagia yang memperoleh pencapain berikut:
Aisyah - Tempat ke 2 kuiz minda bahasa melayu kertas 1
Daniel - Johan kuiz minda sains
Adam khaizuran - Johan kuiz minda sains.
Tahniah kepada semua peserta semoga semua calon berjaya dan memperoleh kecemerlangan di UPSR akan datang. Penghargaan kepada guru pengiring yang mengurus diketuai Puan Kasmah Matto. Tahniah sekali lagi dan semoga Allah mrmberikan kita semua kejayaan amin ya rabbal alamin







Monday 4 July 2016

UCAPAN RIANG RIA RAYA BAHAGIA 2016.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, terimalah video rakaman Ucapan Riang Ria Raya Bahagia 2016 istimewa dan eksklusif untuk semua warga Sk Bahagia, Tawau dan semua komuniti bahagia, Tawau dengan ucapan selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir dan batin. Semoga Ramadhan dan Syawal kali ini memberikan kebahagian, kerahmatan, keberkatan dan ketenangan daripada Allah SWT ...amin ya rabbal alaminn. P/S Sila tekan HD untuk kualiti tontonan terbaik. Selamat menonton (Sila tunggu dalam 30 saat untuk video keluar)


Riang Ria Raya Bahagia 2016
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, terimalah video rakaman Ucapan Riang Ria Raya Bahagia 2016 istimewa dan eksklusif untuk semua warga Sk Bahagia, Tawau dan semua komuniti bahagia, Tawau dengan ucapan selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir dan batin. Semoga Ramadhan dan Syawal kali ini memberikan kebahagian, kerahmatan, keberkatan dan ketenangan daripada Allah SWT ...amin ya rabbal alaminn. P/S Sila tekan HD untuk kualiti tontonan terbaik. Selamat menonton
Posted by Shamsudin Tami on Sunday, 3 July 2016

Friday 1 July 2016

MAJLIS KHATAM AL-QURAN, PENUTUPAN IHYA RAMADHAN DAN SALAM SALAMAN

Pada hari ini, dilaksanakan majlis khatam Al-quran yang diketuai oleh Ustaz Sahiran dan para-para pelajar serta guru-guru. Kemudian diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang pertandingan seperti azan, hafazan, nasyid, teka silang kata dan sebagainya kepada murid-murid yang telah memenangi. Majlis diakhiri dengan bersalam-salaman dengan guru-guru sempena Raya Aidilfitri yang akan menjelang tiba. Syabas kepada panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Sk Bahagia, Tawau yang diketuai oleh Ustazah Kamaria dan ajk lain dalam memastikan semua aktiviti dan majlis penutupan berjalan dengan lancar. Tahniah kepada semua pemenang, semoga Allah memberikan keberkatan kepada setiap apa yang kita lakukan aminn.

Untuk melihat gambar-gambar penuh yang lain klik di sini









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...