.

.

.

.

,

,
,

.

.
.

..

..

.

.
.

Wednesday, 28 December 2016

EKSKLUSIF: BUKU PROGRAM PENDOKUMENTASIAN SK BAHAGIA 2016.

Eksklusif! Eksklusif! untuk semua warga dan komuniti SK Bahagia,Unit Buletin telah menghasilkan buku himpunan lengkap pendokumentasian bergambar aktiviti dan program utama sepanjang tahun 2016 Sk Bahagia Tawau. Bolehlah diimbas kembali kenangan sepanjang tahun ini. Anda boleh juga muat turun versi PDF sebagai kenangan sekiranya mahu di pautan ini :https://www.dropbox.com/s/rh38yum5yvilf0a/smalledition.pdf…Dari pihak buletin SK Bahagia Tawau memohon maaf sekiranya ada salah silap ataupun kekurangan berkaitan buku ini. Harap ia memberikan kenangan terindah memori tercipta buat semua.

P/S: sekiranya tidak ada akaun dropbox jangan risau, terus tekan "continue to view" dan anda akan dapat membaca secara maya...







Friday, 25 November 2016

Thursday, 24 November 2016

JAMUAN MAKAN TENGAH HARI ANJURAN PSS DAN ICT SEKOLAH.

Berjuta infiniti penghargaan dari hati tulus ikhlas kepada barisan guru guru pusat sumber, ict Sk Bahagia Tawau yang sudi menyediakan juadah makan tengah hari sebentar tadi. Mudahan diberikan rezeki dan keberkatan melimpah ruah. Tahniah di atas kejayaan pss dan ict sepanjang tahun ini. Terima kasih kepada GB Encik Ismail.Banchir yang sudi meluangkan masa datang ke jamuan tadi. ALHAMDULILLAH.





PENGHARGAAN KEPADA ALFINA CATERING

Penghargaan kepada pihak Alfina Catering iaitu empunya Puan Ramlah kerana banyak memberikan sokongan dan sumbangan khusus kepada program sekolah dan program khas tahun 6. Disampaikan oleh Tuan Guru Besar Encik Ismail Banchir.



Wednesday, 23 November 2016

JAMUAN MAKAN TAHUN 6 2016

 Telah dilaksanakan satu jamuan makan tahun 6 yang dirasmikan oleh GB Encik Ismail Banchir. Dikelolakan sepenuhnya oleh murid-murid tahun 6 dan diserikan lagi dengan persembahan para murid tahun 6. Terima kasih kerana sudi menjemput semua guru-guru semoga anda semuanya meneruskan kecemerlangan amin. Selamat melangkah ke tingkatan 1.









Tuesday, 22 November 2016

MAJLIS ANUGERAH APRESIASI 2016

Kandid sana sini gambar kenangan warga Sk Bahagia Tawau di majlis Apresiasi Murid 2016. Tahniah kepada semua penerima semoga teruskan kecemerlangan di masa akan datang. Semoga menjadi inspirasi kepada murid lain untuk berusaha mencapai kecemerlangan in sya Allah amin.

Untuk melihat gambar-gambar penuh yang lain, sila klik di sini.







Saturday, 19 November 2016

MAKAN MALAM TAHUNAN SK BAHAGIA TAWAU

Gambar-gambar pose, kandid sana sini di majlis makan malam tahunan Sk Bahagia 2016 yang dilaksanakan di Promenade Hotel Tawau. Temanya ialah variety dan glamorous iaitu pelbagai dan glamoorrr yahh! Syabas kepada team Kebajikan sekolah yang bertungkus lumus memastikan majlis berjalan dengan lancar dan penuh meriah. Penghargaan kepada Encik Othman dan team yang mengurus. Ternyata malam yang sangat seronok dan menghiburkan dan yang paling penting dapat mengukuhkan sillaturrahim di antara warga SK Bahagia Tawau. 

Untuk melihat gambar-gambar penuh sila klik di sini
dan di sini






KOLABORASI UMS DAN SK BAHAGIA TAWAU

Sekali lagi, pihak SK Bahagia Tawau amat berbesar hati menerima rombongan lawatan pascasiswazah(pelajar Master) Pengurusan PEndidikan UMS yang berkunjung ke SK Bahagia untuk menjalankan program pengurusan kualiti menerusi pendidikan melalui "Gamification" atau erti kata lain pembelajaran sambil bermain. Satu program yang amat efektif dan sudah tentu memberikan impak positif dalam menarik minat murid dalam pembelajaran melalui permainan. TAhniah buat rombongan pascasiswazah yang berjaya melaksanakan program dengan jayanya. Rombongan turut disertai Dr Abdul Said Ambotang selaku pensyarah kanan fakulti psikologi pendidikan Universiti Malaysia Sabah. Turut dihadiri barisan pentadbir, Encik Ismail Banchir GB SK Bahagia TAwau dan penolong kanan kurikulum Puan Dayang Murni. Sedikit sebanyak kunjungan ini mungkin dapat menyuntik rasa semangat murid untuk berusaha suatu hari nanti melangkah ke UMS..siapa tahu kan? insya Allah amin...











Friday, 18 November 2016

HARI PELAPORAN PRESTASI 2016

Alhamdulillah penyerahan buku rekod sesi 2016 telah dapat dilaksanakan. Terima kasih kepada ibubapa yang sudi datang mengetahui keputusan anak anak. Tahniah pada yang berjaya, dan usaha lagi pada yang kurang berjaya. Pasti berjaya.





Thursday, 17 November 2016

TAHNIAH SUPER ILTIZAM!

Alhamdulillah, dan tahniah kepada semua calon-calon UPSR 2016 SK Bahagia TAwau. Anda telah melalui UPSR dengan jayanya dan teruskan perjalanan mu ke hadapan. TAhniah kepada 4 orang calon yang mendapat kecemerlangan 6A. TEruskan kecemerlangan di masa hadapan. Tahniah juga kepada seluruh warga SK Bahagia TAwau yang bertungkus lumus mengurus dan memastikan para calon-calon dapat menduduki UPSR dengan jayanya. Yang kurang berjaya, ingatlah, rezeki Tuhan ada di mana-mana dan kadang2 ditempat yang kita tidak sangka. Mungkin ada hikmah atau rezeki yang lebih baik? siapa tahu kan? Ketentuan Allah itulah yang terbaik. Wallahualam.




















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...