.

.

.

.

,

,
,

Wednesday 29 March 2017

MESYUARAT AGUNG PIBG TAHUNAN DAN PERASMIAN HIP 2017

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kerana dengan izin-Nya mesyuarat agung pibg Sk Bahagia Tawau 2017 dapat dilaksanakan dengan jayanya. Penghargaan yang tidak terhingga kepada semua ibubapa yang sudi hadir menyokong dan memberikan komitmen pada mesyuarat kali ini. Semoga kita dapat berusaha menjadikan SK Bahagia sebuah sekolah cemerlang, gemilang dan terbilang. Terima kasih kepada YDP Encik Hamiddi dan NYDP Encik Iriansa yang mempengerusikan mesyuarat kali ini. Mesyuarat diselitkan juga dengan mini pelancaran HIP (Highly Immersive Progrramme) yand disempurnakan oleh Encik Hamiddi dan diiringi GB Encik Ismail dan barisan AJK PIBG yang lain. Sekali lagi terima kasih kepada semua para ibubapa yang datang.

Untuk melihat gambar-gambar dokumentasi sepenuhnya yang lain sila klik di sini.
Pastikan anda sudah masuk ke akaun FB anda sendiri terlebih dahulu.







Tuesday 28 March 2017

PENYERTAAN PERTANDINGAN BOLA BALING

Satu pertandingan bola baling telah dilaksanakan di SK Bombalai Tawau dan Sk Bahagia turut mengambil bahagian dengan menghantar 2 pasukan iaitu pasukan lelaki dan perempuan ke pertandingan tersebut. Penghargaan kepada semua guru yang menjadi jurulatih dan pengurus kebajikan peserta kita sepanjang pertandingan. 



AKTIVITI PERKHEMAHAN TKRS PERINGKAT DAERAH 2017

Sk Bahagia Tawau telah menghantar rombongan peserta perkhemahan ke SMK ABAKA untuk mengikuti perkhemahan peringkat daerah yang dilaksanakan selama 3 hari. Syabas kepada semua peserta dan guru-guru yang bertungkus lumus memastikan kebajikan peserta kita selama berkhemah di sana.





Saturday 11 March 2017

ENGLISH IN CAMP 2017

This year, Sk Bahagia Tawau sent two representatives which are Afnan and Farhana both from 5 Siddiq to annual english programme (English in Camp) which were held in Sk Ranggu Tawau. The programme was held for one day from 7 am to 5 pm with the theme of the activities are scavenger hunt. Each group will try to find specific locations and they had to do certain task in each locations. 
Congratulations to Afnan for winning the best male campers as well as his group winning the overall best group.



Tuesday 7 March 2017

JOHAN NASYID MTQ PERINGKAT DAERAH

Alhamdulillah...JOHAN NASYID, JOHAN SOLO TERBAIK, JOHAN LAGU TERBAIK, DAN JOHAN LIRIK TERBAIK Tahniah kepada kumpulan nasyid SK Bahagia Tawau yang mewakili zon Tanjung Batu di peringkat daerah Tawau hari ini apabila membolot dan pulun habis kesemua anugerah di bawah kategori nasyid. Tahniah kepada semua ahli nasyid dan hasil karya Cikgu Othman Rahman yang gigih melatih adik kita tanpa kenal erti lelah. Begitu juga dengan team ustaz dan ustazah SK Bahagia Tawau. Tahniah sekali lagi, mudahan meneruskan nyalaan obor kemenangan ke peringkat seterusnya. Amiin ya rabbal alamin kalau dah rezeki tak akan kemana....GOO BAHAGIA GOOO...GOOO BAHAGIA GOO!






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...