.

.

.

.

,

,
,

Wednesday 31 August 2016

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-59 SEHATI DAN SEJIWA.

Warga SK Bahagia, Tawau ingin mengucapkan selamat hari kebangsaan ke-59 sehati dan sejiwa.
Mudahan keamanan dan kesejahteraan negara berkekalan dan diberkati dan dilindungi Allah SWT. Amin.


Monday 29 August 2016

MAJLIS MOHON RESTU CALON-CALON UPSR 2016 SUPER ILTIZAM

Telah diadakan sedikit majlis ringkas mohon restu calon calon UPSR 2016. Guru-guru penyelaras setiap tahun dan pra telah memberikan sedikit kata kata ucapan dan motivasi agar calon calon kita dapat menghadapi peperiksaaan dengan keyakinan dan ketenangan amin. Di tutupi dengan amanat dan ucapan GB Encik Ismail Banchir yang padat dengan amanat dan harapan semoga adik adik kita memperolehi kecemerlangan. Majlis disudahi dengan salam salaman dan pemberian kismis dan air bacaan yasin. Semoga berjaya super iltizam!!




Sunday 28 August 2016

KEM KECEMERLANGAN UPSR SUPER ILTIZAM 2016

Kem kecemerlangan UPSR 2016 telah dilaksanakan selama 3 hari dua malam di mana penutupannya di rasmikan oleh Tuan Haji Hadi selaku timbalan PPD Tawau. Tahniah kepada semua AJK yang terlibat dalam memastikan program berjalan dengan lancar. Semoga adik-adik kita memperolehi kecemerlangan dalam UPSR kelak.

Pengisian Kem Kecemerlanga UPSR kali ini termasukla study group setiap subjek, riadah, malam penghayatan, tazkirah, solat sunat hajat dan motivasi berkumpulan.









Wednesday 24 August 2016

KURSUS FROG VLE GURU-GURU

Sebentar tadi, kursus frog vle bagi guru-guru yang disampaikan oleh Cik Samsiah selaku fasilitator Khas frogasia kawasan Tawau dan Sandakan. Terima kasih kepada semua guru yang terlibat sebagai peserta dan juga ajk yang melaksanakan tugas bagi melicinkan perjalanan program.




KURSUS DOKTOR PELATIH PERGIGIAN/TAKLIMAT MINUMAN YOUGURT

Satu kursus pelatih (trainers) sedang dilaksanakan di dewan sekolah yang dianjurkan oleh bahagian kesihatan pergigian SABAH. Kursus ini melatih doktor-doktor gigi baharu dalam menjalankan proses rawatan dan pemeriksaan gigi. Satu kursus kolaborasi dengan Sk Bahagia Tawau. Wah! Satu pendekatan yang menarik dan efektif dalam menarik perhatian dan mungkin minat murid murid Sk Bahagia untuk menjadi seorang doktor gigi! In SYa Allah mana tahu satu hari nanti ada kalangan murid Sk Bahagia, menjadi seorang doktor gigi kan? Terbaik!



Juga diadakan sedikit taklimat produk yogurt daripada pihak Yeos. Taklimat ini memperkenalkan minuman yogurt yang baharu keluaran syarikat yeos dan juga perkongsian kebaikan minuman yogurt. Murid terlibat ialah murid tahun 4 hingga 6




Saturday 13 August 2016

PROGRAM PECAH TABUNG MEWARNA BERSAMA NURI BANK RAKYAT KOLABORASI SK BAHAGIA TAWAU

Bank Rakyat dan SK Bahagia Tawau telah berkolaborasi dalam menjayakan program mewarna dan pecah tabung di dewan SK Bahagia, Tawau. Program berjalan dengan lancar dan  telah disempurnakan penutupanya oleh Tuan HJ Hadi selaku timbalan PPD Tawau.

Syabas kepada semua AJK pelaksana yang terdiri daripada guru-guru yang sudi bertungkus lumus walaupun sibuk dengan komitmen lain namun dapat memberikan kerjasama yang utuh kepada staf Bank Rakyat dalam menjayakan program yang mendapat sambutan begitu memberangsangkan.

Tahniah juga kepada semua murid dan peserta yang berjaya dan yang kurang berjaya, teruskan usaha pasti akan berjaya. Rezeki ada di mana mana dan insya-Allah pasti berjaya. Amiin.

(Untuk melihat gambar-gambar penuh yang lain sila pastikan anda log in dalam Facebook akaun sendiri :)
1) Untuk melihat suasana persediaan dan kandid gambar mewarna sila klik di sini dan di sini
2) Untuk melihat gambar-gambar kenangan dan para pemenang sila klik di sini







Friday 5 August 2016

Majlis Salam Salaman dan Video Tribut Guru-Guru Berpindah

Satu majlis salam salaman guru-guru yang akan berpindah, iaitu Ustazah Norlia, Ustazah Raudzahti dan Ustaz Abdul Quddus serta 2 orang guru internship,Cik Mandy dan Cik Beatrice telah diadakan tadi. Semoga terus berjaya dan sukses kepada 3 orang guru, Ustazah Norlia, Ustazah Raudzahti, Ustaz Abdul Quddus, dan 2 orang guru internship, Cik Mandy dan Cik Beatrice... Didoakan semoga terus cemerlang,gemilang dan terbilang walau di mana jua anda berada amiin.




Terimalah tribut video istimewa didedikasikan kepada 3 orang guru lagi yang akan berpindah dan berkhidmat dan pulang ke semenanjung iaitu Ustazah Norlia, Ustazah Raudzahti dan Ustaz Abdul Quddus. (Sila tunggu dalam 30 saat untuk video muncul dan tekan butang HD bagi paparan kualiti terbaik).


Assalamualaikum dan salam sejahtera, terimalah tribut video istimewa didedikasikan kepada 3 orang guru lagi yang akan berpindah dan berkhidmat dan pulang ke semenanjung iaitu Ustazah Norlia, Ustazah Raudzahti dan Ustaz Abdul Quddus. Begitu berat rasanya untuk kehilangan 3 lagi permata dan bintang yang telah selama ini bersama-sama berjuang di arena pendidikan seterusnya menjadikan SK Bahagia sekolah yang disegani dan cemerlang dalam semua bidang. Namun ketentuan Allah itu jugalah yang terbaik. Terima kasih di atas segala jasa, khidmat bakti yang telah ditaburkan sepanjang bertugas di SK Bahagia, Tawau. Walau apapun didoakan kepada 3 orang guru ini, agar dapat meneruskan kecemerlangan dan kegemilangan di tempat baharu. Semoga sekiranya diizinkan Allah, kita dapat bertemu kembali. Terus sukses dan terus berjaya didoakan dan diucapkan kepada Ustazah Norlia, Ustazah Raudzahti dan Ustaz Abdul Quddus. Insya Allah ada rezeki pasti bertemu dan bersua kembali.....(sila tekan HD untuk paparan video khas yang terbaik)"
Posted by Shamsudin Tami on Wednesday, 3 August 2016

Wednesday 3 August 2016

MAJLIS JAMUAN AIDILFITRI DAN PERPISAHAN GURU-GURU YANG BERPINDAH.

Satu sambutan majlis Aidilfitri sekaligus majlis perpisahan tiga orang guru yang akan berpindah iaitu Ustazah Norlia, Ustazah Raudzahti, dan Ustaz Abdul Quddus dan 2 orang guru internship Cik Mandy Cik Beatrice yang telah menamatkan sesi latihan praktikum dan internship telah diadakan pada tengah hari tadi. Penghargaan kepada Alfina Catering dan KMS (Kanopi Mampu Milik ) serta guru-guru yang berbesar hati sudi menaja jamuan sambutan dan majlis perpisahan ini.Syabas kepaa ajk pengelola dan yang diraikan semoga teruskan kecemerlangan...amin

Penyampaian cenderahati :





Yang diraikan :



Ucapan guru-guru yang berpindah :




Amanat dan ucapan GB :



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...