.

.

.

.

,

,
,

Thursday 30 June 2016

E-KAD RAYA BAHAGIA 2016

Eksklusif 3 versi e-kad raya SK Bahagia, 2016. Versi jejaka bahagia, Bahagia Ladies dan versi penuh warga Sk Bahagia, Tawau.

Klik pada gambar untuk paparan lebih besar:





KAD RAYA POP UP BAHAGIA 2016.

Eksklusif untuk semua warga dan komuniti Sk Bahagia Tawau, kad raya istimewa untuk anda. Ada lagi yang masih tulis kad raya dan pos? Menggamit kenangan bukan? Salam lebaran penuh kebahagiaan daripada kami, unit buletin Sk Bahagia, Tawau.




Eksklusif untuk semua warga dan komuniti Sk Bahagia Tawau, kad raya istimewa untuk anda. Ada lagi yang masih tulis kad raya dan pos? Menggamit kenangan bukan? Salam lebaran penuh kebahagiaan daripada kami, unit buletin Sk Bahagia, Tawau.
Posted by Shamsudin Tami on Saturday, 18 June 2016

Wednesday 29 June 2016

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN DAN WANG ZAKAT 2016

ALHAMDULILLAH, sebentar tadi berlangsungnya majlis penyerahan wang zakat dan sumbangan kepada murid-murid Sk Bahagia, Tawau. Majlis disempunakan oleh Doktor Jeffrey dan Doktor Anina yang sudi memberikan sumbangan kepada murid-murid dan ibubapa yang memerlukan. Kata-kata aluan dimulakan oleh GB Encik Ismail dan turut hadir YDP PIBG SK Bahagia, Tawau Encik Hamidi. Syabas kepada AJK majlis diketuai oleh Encik Aris Tawakal selaku Pk Hem. Sekalung budi kepada Doktor Jeffrey dan Doktor Anina yang sudi memberikan sumbangan serta memberikan sedikit kata-kata inspirasi dan motivasi kepada anak-anak Sk Bahagia yang menerima bantuan. Penghargaan juga kepada Serudong Power dan warga Sk Bahagia, Tawau yang turut memberikan bantuan sumbangan wang zakat pada tahun ini. Semoga Allah memberikan keberkatan dan limpah rahmat di atas inisiatif murni ini. Amiin.

Untuk gambar-gambar penuh yang lain sila klik di sini

Penyerahan sumbangan wang dan zakat kepada murid dan ibubapa:




Gambar kenangan :



Antara ibu bapa yang hadir :

Wednesday 22 June 2016

AKTIVITI PENDIDIKAN ISLAM SEPANJANG BULAN RAMADHAN

ALHAMDULILLAH sepanjang Ramadhan, waktu rehat murid murid muslim tidak dibiarkan sia sia, inisiatif efektif Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab menganjurkan bulan Pendidikan Islam yang menjalankan pelbagai aktiviti seperti bacaan Al-Quran, hafazan, nsyid, Azan, dan banyak lagi aktiviti berkaitan yang sudah tentunya memberikan manfaat kepada murid murid. Tahniah kepada barisan ustaz dan ustazah Sk Bahagia, Tawau dalam pengendalian setiap aktiviti sepanjang Ramadhan ini. Semoga usaha kita diberkati dan dirahmati Allah S. W. T AMIIN.








Friday 17 June 2016

TAKLIMAT PEMAKANAN SIHAT

Taklimat pemakanan sihat yang disampaikan oleh Dr Ling Swee Nian daripada pejabat kesihatan Tawau. Penghargaan kepada unit kesihatan sekolah, Ustazah Raudzahti dalam penganjuran taklimat tersebut.





MAJLIS PERPISAHAN DAN SALAM SALAMAN GURU-GURU BERPINDAH.

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, begitulah asam garam kehidupan. Sk Bahagia, TAwau akan kehilangan bintang-bintang lagenda yang telah banyak menabur jasa dan bakti dalam menjadikan Sk Bahagia, Tawau sebuah sekolah cemerlang. Majlis salam salaman dan perpisahan 3 orang guru yang akan berpindah iaitu Puan Mudzleeneh, Puan Rosina dan Ustaz Mansor. Puan Mudzleeneh akan berpindah sekolah ke SK Batu Payong, TAwau, manakala Puan Rosina pula akan berpindah dan mengajar di Kota Kinabalu. Ustaz Mansor akan berpindah dan mengajar di negeri asal, Kelantan. Warga Sk Bahagia, Tawau mengucapkan jutaan terima kasih kepada ketiga-tiga guru-guru ini di atas segala jasa dan bakti yang telah diberikan sejak sekian lama. Didoakan semoga terus cemerlang dan sukses walau dimana jua berada amiin. Sekiranya ada rezeki in sya Allah pasti kita bertemu dan bersua kembali..amiin







Thursday 16 June 2016

PEMANTAUAN PSS OLEH BTPN SABAH 2016

Assalamualaikum sebentar tadi, berjalannya pemantauan khas pusat sumber dari Badan Teknologi Pendidikan Negeri Sabah iaitu pegawai Encik Junaidi Haji Adam, Puan Rabaeyah dan Cik Rasmina yang diiringi pegawai pendidikan daerah Tawau Encik Jumaan. Syabas dan penghargaan kepada Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah diketuai oleh Puan Suhaily Sibat dan ahli jawatankuasa yang lain. Terima kasih di atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan untuk memantapkan lagi fungsi pusat sumber sekolah. Semoga pss dan sk bahagia, tawau terus cemerlang dalam memberikan perkhidmatan yang efektif dan efisyen kepada murid-murid dan guru-guru. In sya Allah amiin






Tuesday 14 June 2016

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH SESI PENGGAL KE-2 2016

Alhamdulillah, sudah masuk hari ke-2 persekolahan sesi penggal ke-2, 2016. Di kesempatan ini mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua adik adik Bahagia, Tawau. Seronok ka cuti? hehe apapun diharapkan kembali dengan semangat baharu lebih-lebih lagi di bulan penuh keberkatan Ramadhan. Semoga kita lebih senang untuk belajar, dan ilmu yang ditimba mudah untuk diterima. Insya Allah amiin.


Tuesday 7 June 2016

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK.

Assalamualaikum salam sejahtera, kami daripada unit buletin dan seluruh warga Sk Bahagia, Tawau ingin mengucapkan selamat menyambut RAmadhan al Mubarak dan semoga kali ini dan tahun mendatang kita semua diberikan limpah keberkatan, perlindungan, hidayah dan rahmat daripada Allah. Amiin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...