.

.

.

.

,

,
,

Tuesday 29 September 2015

Selamat Menduduki Ujian Bulan September 2015

Diucapkan kepada murid-murid SK Bahagia, selamat menduduki peperiksaan Ujian Bulan September 2015. Semoga dipermudahkan semuanya amiin.


Monday 28 September 2015

Sumbangan Kewangan bagi Program Lawatan Tahun 6


Wakil wanita UMNO telah menyerahkan sumbangan kewangan utk program lawatan ke Kuala Lumpur bagi tahun 6. Terima kasih dan beribu penghargaan diucapkan kepada wanita UMNO di atas sumbangan yang diberikan.

Thursday 24 September 2015

Friday 18 September 2015

Selamat Bercuti !

Diucapkan kepada semua warga SK Bahagia, Tawau selamat bercuti. Gunalah masa anda sebaik mungkin. Pada murid-murid jangan lupa untuk mengulang kaji pelajaran untuk menghadapi ujian pada penghujung bulan September iaitu pada 29 hingga 30 September 2015. 

Wednesday 16 September 2015

Video Gimik Perasmian/Penutupan Bulan Kebangsaan 2015.

Terimalah video gimik penutupan sempena perasmian dan penutupan Bulan Kebangsaan 2015. Terima kasih kepada pihak pentadbir, guru-guru dan murid murid SK Bahagia Tawau yang sudi dirakam temubual dan memberikan ucapan. Jum saksikan..




Video gimik perasmian penutupan bulan kebangsaan 2015. Terima kasih kepada warga SK Bahagia Tawau yang sudi ditemuramah dan memberikan ucapan hari kebangsaan 2015 terutamanya para pentadbir, guru-guru dan murid murid sekalian.... Jum saksikan..p/s jangan lupa tekan HD untuk kualiti yang lebih baik..
Posted by Shamsudin Tami on Tuesday, 15 September 2015



Gambar Kenangan dan Kandid sepanjang majlis... 






Tuesday 15 September 2015

PERASMIAN PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN 2015

Satu Majlis perasmian dan penutupan bulan kebangsaan 2015 telah diadakan di Sk Bahagia, Tawau. Terdapat banyak aktiviti dan program yang telah dilaksanakan sepanjang sambutan bulan kebangsaan 2015 terutamanya dari bulan Ogos hinggalah awal September. Pertandingan sajak, pidato, mewarna, Bintang Kecil, peragaan kostum etnik dan banyak lagi telah mendapat banyak penyertaan daripada murid-murid SK Bahagia. Majlis penutupan ini dilaksanakan untuk membeikan penghargaan kepada semua pemenang bagi setiap pertandingan yang telah dilaksanakan. Majlis diserikan lagi dengan video imbasan ringkas dan pengertian kemerdekaan, persembahan para pemenang dan nyanyian lagu patriotik sebagai penutup majlis. Tahniah kepada penyelaras program iaitu Ustazah Hawa dan semua AJK yang terlibat dalam menjayakan program ini. 






















Monday 14 September 2015

PERASMIAN LAMAN BLOG SK BAHAGIA TAWAU

ALHAMDULILLAH, dengan ini maka telah rasmilah pembinaan laman blog ini. Terima kasih kepada Guru Besar, Encik Ismail Banchir yang telah merasmikan dan menyempurnakan perasmian laman blog SK Bahagia, Tawau. Terima kasih juga kepada pengunjung-pengunjung setia laman blog ini untuk mengetahui secara ringkas mengenai program dan aktiviti yang telah dilaksanakan. Teruskan untuk mengakses laman blog ini pada bila-bila masa bagi mengetahui program dan aktiviti terkini..










Saturday 12 September 2015

PERTANDINGAN MEMPERAGAKAN KOSTUM DAN PAKAIAN ETNIK

Satu pertandinan memperagakan kostum dan pakaian etnik telah dilaksanakan di dewan Sk Bahagia Tawau. Peserta terdiri daripada Pra sekolah dan peserta tahap 1dan 2 SK Bahagia Tawau. Terdapat pelbagai dan variasi kostum dan pakaian etnik termasuklah Kadazan dusun, Murut, Sarawak, Cheongsam, Arab, Melayu, Bugis , Bajau dan macam-macam lagi. Sungguh Meriah dan berwarna warni sebagai satu simbolik dan identiti masyarakat Borneo yang pelbagai kaum. Terima kasih kepada ibu bapa yang sudi memberikan sokongan dalam menyediakan pada peserta dengan kostum yang begitu cantik dan berwarna warni. Tahniah pada semua...








Monday 7 September 2015

PERTANDINGAN AKHIR BINTANG KECIL

Setelah saringan dilaksanakan, pertandingan akhir bintang kecil telah dilaksanakan pada hari Isnin sempena Bulan Kebangsaan 2015 anjuran Kelab Seni dan Kebudayaan. 9 peserta berentap mempersembahkan persembahan nyanyian patriotik yang cukup memukau. Adat pertandingan mesti ada kalah dan menang. Namun keputusan hanya akan diketahui pada perasmian penutupan Bulan Kebangsaan 2015 nanti. Apapun tahniah kepada semua peserta kerana berani untuk ke pentas mneyanyikan lagu patriotik. Andalah semua pemenang tiada pengalah.



Saksikan imbasan persembahan peserta kita :




Imbasan ringkas pusingan akhir pertandingan bintang kecil sempena bulan kebangsaan 2015. Tahniah pada semua peserta kerana berani menyampaikan persembahan. Andalah semua pemenang dan tiada pengalah. p/s: minta maaf sekiranya ada rakaman yang bergoyang-goyang hehe sebab perakamnya adalah amatur bukan profesional...apapun harap terhibur..hehehe
Posted by Shamsudin Tami on Tuesday, 8 September 2015

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...