.

.

.

.

,

,
,

Saturday 25 February 2017

NAIB JUARA PERINGKAT NEGERI.

Alhamdulillah segala puji dan syukur hanya pada mu ya Allah, tahniah sekali lagi kepada adik Isya Zulaikha Kaltes yang memperoleh tempat ketiga dalam kejohanan Skuasy peringkat tenggara dan merangkul pula NAIB JOHAN di peringkat negeri baru baru ini. Alhamdulillah satu kejayaan yang amat bermakna dan semoga dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Tahniah adik Isya di atas kecemerlangan, menjadi inspirasi kepada kawan kawan yang lain untuk juga membuat yang terbaik dalam apa juga perkara belajar ataupun bersukan. Semoga menjadi atlet Skuasy yang berjaya suatu hari nanti, in sya Allah jadi pelapis Datuk Nicol Ann David,...amiin. Tahniah sekali lagi.










Thursday 23 February 2017

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT TANJUNG BATU 2017

23 Februari 2017, Sk Bahagia Tawau telah menjadi tuan rumah bagi acara MTQ tahun ini khususnya dalam zom tanjung batu. Tahniah kepada semua AJK yang bertungkus lumus memastikan program ini berjalan dengan lancarnya. Tahniah kepada SK Bahagia Tawau yang mendapat keputusan seperti berikut :

Johan Nasyid
Kedua Hafazan -Adik Hasannuddin
Ketiga Bercerita -Adik Afnan

Terima kasih kepada semua ustaz, ustazah dan guru-guru yang membimbing dan melatih. Semoga kita mampu melakar kejayaan di masa akan datang.


Johan Nasyid : Sila klik di sini  untuk melihat sedutan persembahan nasyid.

Ketiga Bercerita : Adik Afnan


Kedua Hafazan : Adik Hasanuddin


Untuk melihat suasana sepanjang MTQ sila klik sini atau sini atau sini.
(Pastikan anda sudah masuk akaun FB sendiri terlebih dahulu)

Wednesday 22 February 2017

PERAK DAN GANGSA BAGI LONTAR PELURU KEJOHANAN OLAHRAGA PERINGKAT TANJUNG BATU 2017

Alhamdulillah, ituuuu diaa ngauman harimau bahagia, membolot pingat gangsa dan perak dalam kejohanan olahraga lontar peluru zon tanjung batu. Adik Iman memperoleh perak dan adik Wafiey memperoleh gangsa. TAHNIAH kepada adik adik dan teruskan perjuangan dan kecemerlangan. Penghargaan kepada guru guru yang komited melatih atlet atlet kita dan guru-guru yang bertugas sepanjang kejohanan. Tahniah juga kepada semua atlet Sk Bahagia Tawau, anda sudah melakukan yang terbaik apa yang penting pengalaman yang berharga.
Alhamdulillah


Sunday 19 February 2017

HARI PERINGATAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA PERINGKAT DAERAH TAWAU 2017

Sambutan Hari Peringatan Persatuan Pandu Puteri Malaysia peringkat daerah Tawau.. 18 Feb 2017 (Ahad)
SK Bahagia telah menghantar 10 orang ahli PPTunas. Terima kasih kepada Puan Asmi yang menyumbangkan juadah makan, dan guru pengiring Puan Syamsy Munirah Elly yang mengurus dan mengatur ahli pptunas kita di sana.






Friday 17 February 2017

PENYERAHAN BANTUAN AWAL KHAS PERSEKOLAHAN 1 MALAYSIA 2017

Dirasmikan oleh : YB Datuk Seri Panglima HJ Abdul Ghapur Hj Salleh (Ahli Parlimen Merangkap Ketua UMNO Bahagian P191 Kalabakan

Turut Hadir : Ketua Pegawai PPD TAWAU , Encik Darmansyah Bin Hj Asakil.

Terima kasih dan penghargaan kepada YB Datuk, yang hadir menyempurnakan pemberian bantuan persekolahan











Monday 13 February 2017

PELANCARAN RASMI PROGRAM KHAS TAHUN 6 SUPERILTIZAM 2017

Alhamdulillah, pelancaran program khas tahun 6 2017 telah dilaksanakan pada perhimpunan minggu ini dimana penjenamaan semula SuperIltizam kepada SuperIltizam 2.0 /SuperIltizam UPSR 2017. Gimik perasmian disempurnakan oleh Guru Besar Sk Bahagia Tawau, Encik Ismail Banchir. Seterusnya tayangan video SuperIltizam 2.0 kepada seluruh warga Sk Bahagia Tawau. Majlis pelancaran diteruskan lagi dengan bacaan ikrar diketuai adik Iman dan pemasangan button badge oleh guru-guru kepada murid-murid dan penyerahan jadual kelas tambahan. Kepada adik-adik calon UPSR 2017, semoga berjaya insyaAllah kecemerlangan pasti digapai. Syabas dan tahniah kepada semua AJK yang bertungkus lumus memastikan program pelancaran ini berjalan dengan lancar

Saksikan gimik perasmian yang disempurnakan oleh GB Encik Ismail Banchir:
(sila tunggu beberapa saat untuk video muncul, pastikan anda sudah masuk akaun FB anda sendiri)
Jum saksikan gimik prasmian SuperIltizam2.0 oleh Tuan Guru Besar, Encik Ismail Banchir....
Posted by Shamsudin Tami on Sunday, 12 February 2017
   
 Saksikan pula lafaz ikrar calon-calon UPSR 2017 : 


Jum lihat ikrar calon-calon UPSR 2017 yang dipimpin oleh adik Iman. Semoga berjaya adik-adik, in sya Allah amin.
Posted by Shamsudin Tami on Monday, 13 February 2017


 Untuk melihat suasana-suasana gambar yang lain sila klik di sini.
(Pastikan anda telah masuk ke akaun FB sendiri terlebih dahulu)





Wednesday 8 February 2017

PERJUMPAAN GERKO

Assalamualaikum dan alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana dengan izin-Nya perjumpaan persatuan dan kelab di aktiviti GERKO kali ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih kepada semua guru penasihat yang sudi datang memberikan komitmen melaksanakan aktiviti. Tahniah juga kepada semua murid yang berjaya menghadirkan diri, teruskan menyokong aktiviti gerko di sekolah. Semoga memperoleh banyak manfaat, kebaikan dan input pengetahuan pada semua.




Monday 6 February 2017

PERASMIAN JOM KE SEKOLAH DAN PETI ADUAN DISIPLIN

Alhamdulillah terima kasih tidak terhingga kepada Sarjan Suriani dan Koperal Azirah yang sudi datang merasmikan program  Jom Ke Sekolah peringkat Sk Bahagia Tawau sekaligus menyampaikan watikah perutusan daripada PDRM. Majlis turut dihadiri YDP dan timbalan YDP encik Hamidi dan Encik Iriansyah dan ajk PIBG yang sudi meluangkan masa menyokong padu program Jom Sekolah. Syabas dan penghargaan juga kepada semua ajk yang bertungkus lumus memastikan program ini berjalan dengan lancarnya. Semoga dengan adanya program seperti ini dapat meningkatkan kehadiran murid selain dapat membanteras isu gejala ponteng sekolah. Jom ke Sekolah!


Jum Saksikan ucapan Jom ke Sekolah dan gimik perasmian :

Ucapan Jom Ke Sekolah! Sk Bahagia Tawau 2017
Jom dengarkan sedikit ucapan iklhas warga Sk Bahagia Tawau kepada semua adik-adik yang masih bersekolah di seluruh Malaysia, Jom Ke Sekolah! yeahhh Jangan lupa tekan HD untuk kualiti yang lebih baik.
Posted by Shamsudin Tami on Monday, 6 February 2017

Jum saksikan gimik perasmian Jom Ke Sekolah sekali dengan perasmian peti aduan disiplin.
Posted by Shamsudin Tami on Monday, 6 February 2017


Untuk melihat gambar-gambar suasana perasmian yang lain, sila klik di sini.
(Pastikan anda telah masuk ke akaun FB anda sendiri terlebih dahulu)





Saturday 4 February 2017

TAYANGAN PERDANA SUPERILTIZAM 2.0 (SUPERILTIZAM 2017)

Terimalah tayangan trailer SUPERILTIZAM 2.0 /SUPERILTIZAM UPSR 2017 sebagai penjenamaan semula program khas Tahun 6 Sk Bahagia Tawau. Memperkenalkan maskot utama sekolah, SuperIltizam!. Didoakan dan diucapkan kepada semua adik adik tahun 6 Sk Bahagia Tawau 2017 dan juga seluruh calon-calon UPSR seluruh Malaysia salam maju jaya, selamat berjuang dan semoga mencapai kecemerlangan dalam UPSR nanti, InsyaAllah amin. Pilihan terletak di tangan anda!




Terimalah tayangan trailer SUPERILTIZAM 2.0 /SUPERILTIZAM UPSR 2017 sebagai penjenamaan semula program khas Tahun 6 Sk Bahagia Tawau. Memperkenalkan maskot utama sekolah, SuperIltizam!. Didoakan dan diucapkan kepada semua adik adik tahun 6 Sk Bahagia Tawau 2017 dan juga seluruh calon-calon UPSR seluruh Malaysia salam maju jaya, selamat berjuang dan semoga mencapai kecemerlangan dalam UPSR nanti, InsyaAllah amin. Pilihan terletak di tangan anda!
Posted by Shamsudin Tami on Saturday, 4 February 2017

MAJLIS SUA TEMU WARIS TAHUN 6 DAN PENJENAMAAN SEMULA SUPERILTIZAM 2.0

Alhamdulillah, terima kasih tidak terhingga kepada para ibu bapa dan penjaga bagi adik adik kita di Tahun 6 yang datang menghadiri Program Sua Temu Waris Tahun 6 Sk Bahagia Tawau 2017 tahun ini.  Penghargaan juga di atas sokongan padu kepada program sekolah khususnya bagi sesi 2017.  Program ini turut dihadiri wakil PPD TAWAU Encik Vaea Sarima dan Rakan Kongsi Pintar iaitu IPG Kampus Tawau, Dr Najamuddin (Timbalan Pengarah) dan Puan Flora (setiausaha pembangunan). Turut hadir YDP PIBG SK Bahagia TAwau, Encik HAmidi, terima kasih tidak terhingga di atas kedatangan dan sokongan. Program kali ini termasuklah bacaan ikrar murid-murid tahun 6 dan Bai Ah (Akad) penyerahan murid-murid oleh IbuBapa dan Penjaga kepada guru-guru Sk Bahagia serta penyerahan target. Turut diselitkan penjenamaan terbaharu SuperIltizam 2.0 dan tayangan trailer. Tahniah dan syabas kepada semua AJK yang bertungkus lumus memastikan program hari ini berjalan dengan lancar. Mudahan adik-adik kita memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSR akan datang dan juga terus melakar kejayaan dalam kehidupan. InsyaAllah amin ya rabbal alamin.

Jum saksikan pula ikrar calon-calon UPSR 2017:
Ikrar Calon Calon UPSR SK Bahagia Tawau 2017

"Andai kami tersungkur, kami akan berusaha untuk bangkit...andai kami gugur kami akan berjuang sedikit demi sedikit" begitu sayu dan syahdu namun penuh semangat juang tinggi ikrar adik adik tahun 6 2017, SK Bahagia TAwau semasa program sua temu waris. Sebak dan sayu mendengar ikrar adik-adik kita namun penuh penghayatan semangat juang yang tinggi. In sya Allah adik-adik tidak ada mustahil dengan izin Allah, langkah mara ke hadapan superiltizam! semoga mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat amin...

Posted by Shamsudin Tami on Saturday, 4 February 2017


Untuk melihat gambar-gambar suasana program yang lain sila klik di sini.
(Pastikan anda sudah masuk ke akaun FB anda sendiri terlebih dahulu)






Friday 3 February 2017

TEMPAT KETIGA SKUASY


Alhamdulillah, Tahniah diucapkan kepada adik 
Isya Zulaikha Kaltes yang memenangi tempat ke 3 Kejohanan Squash peringkat tenggara di kompleks sukan Tawau baru-baru ini. TERBAIK adik teruskan perjuangan ke peringkat seterusnya. Juga pembuka tirai kejayaan Sk Bahagia Tawau bagi sesi 2017, tahniah diucapkan kepada adik Isya terus mara menjulang kejayaan. Mudahan menjadi inspirasi kepada rakan rakan lain juga. INSYAALLAH, Penghargaan kepada PKOKUM Encik Samsuddin yang mengurus dan menjadi guru pengiring kepada adik Isya semasa kejohanan berlangsung. TAHNIAH sekali lagi alhamdulillah






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...