.

.

.

.

,

,
,

Friday 27 May 2016

PELAPORAN REKOD PRESTASI SEMESTER 1

Assalamualaikum, sebentar tadi telah dilaksanakan hari pelaporan buku rekod bagi semester 1. Terima kasih dan penghargaan kepada semua ibu bapa yang hadir untuk melihat dan mengetahui tentang perkembangan anak anak sepanjang semester 1 2016. Kepada adik adik yang berjaya dengan cemerlang, Alhamdulillah teruskan usaha kekalkan prestasi, kepada yang kurang berjaya, jangan adik adik putus asa. Rezeki Allah ada di mana mana dan pada bila bila masa. Jangan putus asa dan teruskan perjuangan, in sya Allah pasti akan berjaya. Syabas kepada semua guru kelas yang komited dan dedikasi memberikan penerangan mengenai prestasi murid murid.



Thursday 26 May 2016

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Tawau 2016 dan APC 2015

Sambutan majlis hari guru peringkat daerah Tawau yang dirasmikan oleh Datuk Hajah Hamisa Samat wakil rakyat N59 Tanjung Batu, Tawau. Disambut penuh meriah di dewan SJKC Yuk Chin Tawau dan dihadiri oleh para guru-guru daerah Tawau. Syabas tidak terhingga kepada petugas penyambut tetamu yang diamanahkan kepada Sk Bahagia yang telah melaksanakan tugas bagi kedua-dua majlis tersebut. Syabas di atas komitmen yang diberikan dalam melaksanakan tugas menyambut tetamu dengan senyuman dan sapaan mesra. Ternyata bukan tugas yang mudah namun AJK SK Bahagia, TAwau telah menunjukkan dedikasi yang tinggi sepanjang tugas. Terima kasih juga kepad murid-murid Sk Bahagia, Tawau yang turut sama memeriahkan sambutan dengan memegang bunga pahar. Tahniah kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015 daripada Sk Bahagia, Tawau iaitu Ustaz Mohd Sahiran, Cik Sariba, Ustazah Sabariah, Puan Hathirah dan Puan Asme di atas penganugerahan. TAHNIAH juga buat semua penerima yang lain. Semoga terus sukses. Amin. IN SYA ALLAH.

Murid-Murid Sk Bahagia yang bertugas membawa  bunga pahar ;



AJK yang bertugas menyambut tetamu ::






Penerima APC 2015 daripada SK Bahagia, Tawau:



Friday 20 May 2016

KEM BESTARI SOLAT.

Assalamualaikum hari ini berlangsung Kem Bestari Solat untuk semua murid murid muslim Sk Bahagia, Tawau. Umumnya kem ini dilaksanakan untuk membimbing semua murid cara cara mendirikan solat dengan betul dan tertib. Semoga Allah memberkati program ini in sya Allah amiin




Thursday 19 May 2016

ERA P RAMLEE DI SAMBUTAN HARI GURU...

Baru-baru ini, Sk Bahagia Tawau telah mengadakan sambutan hari guru peringkat sekolah selama dua hari iaitu 18 dan 19. Pada hari pertama iaitu 18 Mei 2016 guru-guru terlibat dengan aktiviti padang dan sukaneka iaitu bermain bola baling untuk guru perempuan dan futsal bagi lelaki, meletupkan belon (perempuan) dan bermain dart (lelaki). Pada hari penutupan pula iaitu pada 19 Mei 2016, dengan tema Era P Ramlee di mana guru-guru memakai kostum, pakaian dan busana yang diinspirasikan daripada filem-filem P Ramlee. Sambutan yang agak memberangsangkan di mana rata-rata guru memberikan sokongan dengan memakai pakaian dan busana era P Ramlee. Kerjasama yang tidak terhingga juga kepada murid-murid yang bekerjasama dalam menjayakan sambutan penuh meriah kali ini. Jum saksikan versi hitam putih gambar-gambar guru-guru yang diedit khas bagi mewujudkan rasa klasik dan nostalgia era 60an.

Untuk melihat gambar-gambar sukaneka 
1. Bola Baling wanita, klik sini
2. Futsal lelaki, klik sini
3. Sukaneka, letupkan belon klik sini
4. Dart klik sini
5. Untuk melihat catwalk pose karpet merah sambutan penutupan hari guru klik di sini.
6. Kandid pose sana sini sepanjang penutupan sambutan hari guru klik di sini.
7. Penyampaian hadiah hari jadi klik di sini.
8. Anugerah khas hari guru klik di sini.

Gambar-gambar klasik era P Ramlee dan 60 an guru-guru SK Bahagia, Tawau di sambutan hari guru peringkat sekolah 















Monday 9 May 2016

ROMBONGAN LAWATAN PENANDA ARASAN.

Satu rombongan lawatan penanda arasan daripada Kota Belud yang terdiri daripada guru-guru besar, penolong kanan dan juga guru-guru telah melawat ke Sk Bahagia, Tawau untuk berkongsi maklumat dan informasi berguna mengenai pencapaian dan juga akademik. Sk Bahagia, Tawau amat mengalu-alukan kedatangan pihak rombongan dan semoga kedua-dua pihak memperoleh sesuatu yang bermanfaat yang boleh dikongsikan di sekolah masing masing. In Sya Allah....Rombongan disambut meriah oleh warga SK Bahagia, Tawau diketuai oleh GB Encik Ismail Banchir dan turut dihadiri YDP PIBG Encik Hamidi Danin dan AJK PIBG Puan Haniah Bani.















Sunday 8 May 2016

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SEMESTER 1 2O16

Assalamualaikum, di kesempatan ini unit buletin dan seluruh warga Sk Bahagia, Tawau mengucapkan dan mendoakan kepada semua anak anak didik Sk Bahagia, Tawau selamat menduduki peperiksaan penggal pertama semester satu pada minggu hadapan(9-12 September 2016) selama seminggu. Didoakan semoga Allah memberikan hidayah, rahmat, petunjuk dan kemudahan sepanjang peperiksaan tersebut. Semoga semuanya berjalan lancar in sya Allah amiinnn....ya rabbal Alamiinn...adik adik jangan lupa ulang kaji ya...


Jadual Peperiksaan Semester 1 2016:



Friday 6 May 2016

BENGKEL MENJAWAB SOALAN BAHASA MELAYU UPSR 2016

Sebentar tadi juga dilaksanakan bengkel UPSR BM 2016 dengan penceramah jemputan iaitu Puan Normah daripada Sk Bombalai. Tahniah diucapkan kepada Panitia BM Sk Bahagia Tawau di atas pelaksanaan bengkel menjawab soalan tersebut. Semoga adik adik UPSR 2016 memperoleh manfaat in sya Allah amin.




Thursday 5 May 2016

CERAMAH MOTIVASI SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG

Satu ceramah motivasi 'Semakin Hari Semakin Sayang' daripada penceramah jemputan Encik Aidrol Hisham dan Ustaz Haji Mohamad Said tajaan Seqi Resources sdn bhd. Semoga memberikan impak yang mantap kepada ibubapa, guru-guru dan murid-murid..amiin






PENGELOLAAN KEJOHANAN BOLA SEPAK ZON SERI TANJUNG 2016

Alhamdulillah Sk Bahagia telah menjadi tuan rumah untuk perlawanan bola sepak yang telah dilaksanakan selama dua hari di padang sekolah. Tahniah kepada barisan guru-guru pengelola yang bertungkus lumus memastikan kelancaran pertandingan di bawah pimpinan PK KoKuM Encik Shamsudin Ambo Rasida, dibantu oleh Encik Nur Salam, Ustaz Sahiran, Ustaz Quddus, Encik Zulkifli, Encik Majid dan semua yang telah memberikan kerjasama. Tahniah pada yang berjaya.... Kepada team Sk Bahagia, jangan penah putus asa, apa yang penting pengalaman dan pengetahuan ilmu kemahiran, semoga teruskan usaha in sya Allah akan berjaya amiin. Keputusan penuh
Johan : Sk Jambatan Putih
Naib johan : Sk Kukusan
Ketiga bersama : Sk Bandar 2 dan SK Holy






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...