.

.

.

.

,

,
,

Saturday 27 May 2017

SALAM RAMADHAN 2017

Assalamualaikum , selamat berpuasa kepada warga dan komuniti Sk Bahagia Tawau sekalian. Semoga memperoleh keberkatan sepanjang bulan penuh berkat ini. Kepada adik-adik isilah hari anda dengan perkara yang berfaedah dan jangan lupa buat kerja rumah yang diberi. Salam Ramadhan semua.



Friday 26 May 2017

GOTONG ROYONG HAPUS AEDES 2017

Aktiviti membersihkan kawasan sekolah kerjasama utuh dan mantap dari cikgu-cikgu dan murid murid..semoga mendapat keberkatan dan keredhan Allah lebih lebih lagi di hari Jumaat dan ambang Ramadhan ini.




Thursday 25 May 2017

PENERIMA APC 2016 DAN SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH TAWAU 2017

Syabas dan tahniah kepada guru-guru Sk Bahagia Tawau yang bertugas sebagai penyambut tetamu pada sambutan hari guru peringkat daerah Tawau hari ini. Penghargaan juga kepada adik adik kita yang bertugas membawa bunga pahar. Kerjasama kalian amatlah bermakna.




Tahniah diucapkan kepada penerima penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada lima guru Sk bahagia Tawau iaitu Puan Sadaniah, Encik Nur Salam, Puan Samsidar, Puan Suhaila dan Puan Wan yang menerimanya di majlis Apc kelmarin. Tahniah kepada anda yang menerima semoga menjadi pemangkin untuk meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa dengan kebih komited, dedikasi dan penuh kesabaran. Moga Allah mempermudahkan perjalanan kita semua amin ya rabbal alamin.





KEM BESTARI SOLAT 2017 TAHAP 2

Hari ini, dilaksanakan pula kem bestari solat untuk tahap 2 iaitu tahun 4, 5 Dan 6.


Wednesday 24 May 2017

ANUGERAH GURU LELAKI DAN PEREMPUAN POPULAR SK BAHAGIA TAWAU 2017

Kemuncak Sambutan Hari Guru Sk Bahagia Tawau dengan Anugerah Guru Lelaki dan Perempuan Popular 2017 jatuh kepada Cikgu Nur Salam dan Cikgu Azriahhh...yeaaaghhh tahniah kerana menepis ke tepi pesaing pesaing lain hehehe...Tahniah Cikgu Salam dan Cikgu Azriah..semoga menjadi pemangkin motivasi untuk terus menjadi inspirasi kepada anak anak murid..tidak dilupakan juga...penghargaankepada semua murid dan peminat hehehe yang sudi mengundi guru-guru kesayangan anda...chewah

Cikgu Nur Salam dinobatkan guru lelaki paling popular.

Madam Azriah dinobatkan guru perempuan paling popular.

Tahniah!

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SK BAHAGIA TAWAU 2017

Syabas dan tahniah kepada ajk sambutan hari guru Sk Bahagia Tawau 2017 yang bertungkus lumus memastikan sambutan tahun ini penuh meriah dan bermakna. Terima kasih kepada murid murid yang supporting menyokong dan bersama-sama memeriahkan lagi sambutan kali ini. Penghargaan dan terima kasih kepada para ibubapa yang sudi menyediakan hadiah untuk anak anak anda berikan kepada guru-guru di sambutan ini. Terima kasih banyak-banyak. Penghargaan kepada semua warga Sk Bahagia Tawau yang telah bekerjasama memastikan program kali ini bermakna dan meriah. Terima kasih pada semua

Klik di sini untuk melihat gambar dokumentasi yang penuh. 




Penyampaian hadiah dan cabutan bertuah, Klik di sini untuk melihat gambar dokumentasi yang penuh. 




Jum saksikan persembahan koir penuh menyentuh jiwa guru-guru Sk Bahagia Tawau oleh murid-murid di bawah pimpinan Madam Mona Erawaty dan Madam Azriah. Terbaik penghayatan koirnya terima kasih diucapkan atas persembahan istimewa ini.


Jum saksikan  pula persembahan koir penuh menyentuh jiwa guru-guru Sk Bahagia Tawau oleh murid-murid di bawah pimpinan Madam Mona Erawaty dan Madam Azriah. Terbaik penghayatan koirnya terima kasih diucapkan atas persembahan istimewa ini.
Posted by Skbahagia Tawau on Tuesday, 23 May 2017

Monday 22 May 2017

Kem Bestari Solat 2017

Pada hari ini, dilaksanakan kem bestari solat yang mana pengisiannya adalah ajaran doa doa dalam solat serta amali solat yang dikendalikan oleh Panitia Pendidikan Islam Sk Bahagia Tawau. Tahniah kepada ustaz dan ustazah yang bertungkus lumus mengurus dan mengatur adik adik kita. Pada adik adik dan kita semua semoga jangan lupa solat dan mudahan kita semua mendapat keberkatan dan keredhaan-Nya amiin.

Untuk melihat gambar-gambar penuh yang lain sila klik di sini.



Tuesday 16 May 2017

SELAMAT HARI GURU 2017


Terimala ucapan tulus ikhlas dari wakil Sk Bahagia Tawau.


Kepada insan yang pernah mendidik dan bergelar pendidik, selamat hari guru diucapkan kepada anda. Terima kasih di atas pengorbanan dan jasamu membentuk generasi gemilang, terbilang dan cemerlang. Semoga pengorbanan kalian diberkati dan dirahmati Allah amin. Terimalah ucapan ikhlas dan ' kiut' dari wakil murid Sk Bahagia Tawau. Salam hari guru cikgu cikgu semua, jangan garang garang k heheh
Posted by Skbahagia Tawau on Sunday, 14 May 2017

Monday 15 May 2017

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SEMESTER 1 2017

Diucapkan selamat menghadapi peperiksaan semester 1 2017 kepada semua murid Sk Bahagia Tawau. Berusahalah!

Tuesday 9 May 2017

SAGUHATI PERTANDINGAN BERCERITA TAHAP 1

Tahniah kepada adik Adam Adrian di atas pencapaian saguhati dalam pertandingan bercerita tahap 1 baru baru ini. Tahniah dan teruskan kecemerlangan, menang kalah adat pertandingan yang penting usaha dan pengalaman. Penghargaan kepada guru pengiring dan jurulatih iaitu Puan Sadania yang telah melatih peserta kita. Tahniah sekali lagi.


Monday 8 May 2017

PENCAPAIAN DALAM PERTANDINGAN KARATE




Diucapkan tahniah kepada adik Mikhail dan Nurhani yang mengikuti pertandingan karate baru baru ini dengan pencapaian yang cemerlang. Semoga meneruskan kejayaan dan semoga ilmu mempertahankan diri dapat digunakan sebaiknya. Tahniah




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...