.

.

.

.

,

,
,

Saturday 7 March 2015

Program Motivasi Tahun 6, 2015 SK Bahagia Tawau.

Pada 7 Mac 2015, SK Bahagia Tawau iaitu di bawah unit Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menjalankan program motivasi tahun 6, 2015 yang diadakan di Dewan Sekolah. 2 ceramah mantap telah dilaksanakan iaitu yang pertama oleh Puan Norhayati Binti Awang Besar seorang kaunselor yang dijemput khas daripada SK Bandar Tawau. Beliau telah menyampaikan ceramah berkaitan ciri-ciri pelajar bermotivasi dan tips belajar dan pengurusan masa. Kemudian ceramah diteruskan dengan penceramah dalaman daripada guru tahun 6 sendiri iaitu Encik Mahmoor yang berkongsikan mengenai adab sebagai pelajar dan bagaimana mendapat keberkatan ilmu. Kedua-dua ceramah sangat memberikan impak positif dan ilmu yang berguna kepada murid-murid tahun 6 sebagai motivasi dan persediaan dalam menghadapi UPSR akan datang. Secara tidak langsung ceramah ini juga membentuk sahsiah dan keperibadian diri yang tinggi di kalangan murid-murid.

Sesi tarian senaman sebagai aktiviti permulaan program motivasi :


Guru-guru turut serta memeriahkan aktiviti :


Dikendalikan pengarah program selaku ketua unit bimbingan dan kaunseling sekolah, Puan Kasmah Matto :


Murid-murid tahun 6 2015 yang mantap dan terbaik!





Penceramah jemputan Puan Norhayati binti Awang Besar daripada SK Bandar Tawau :







Antara pengisian ceramah, matlamat dan cita-cita:





Terima kasih puan, sudi hadir..



Slot ceramah ke-2 yang disampaikan oleh Cikgu Mahmoor. Penuh teladan dan pengajaran :





Antara guru-guru yang hadir :








Penyampaian penghargaan daripada Guru Besar, Encik Ismail Banchir


Perasmian dan Penutupan oleh Encik Ismail Banchir :


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...