.

.

.

.

,

,
,

Saturday 24 October 2015

Kemuncak Sukan Tahunan Sk Bahagia, Tawau 2015

Dengan Izin Allah, akhirnya dapat jua sukan tahunan SK Bahagia, Tawau 2015 dilaksanakan pada 23 dan 24 Oktober 2015 dengan jayanya. Walaupun terpaksa ditunda akibat jerebu, namun semangat warga SK Bahagia Tawau tidak pernah pudar malah tetap bersemangat menjayakan acara tahunan ini. Dirasmikan oleh Guru Besar SK Bahagia, Tawau iaitu Encik Ismail Banchir dan dihadiri oleh para ibubapa yang turut memeriahkan acara menyaksikan para murid-murid beraksi dalam setiap acara. Keputusan dan johan keseluruhan sukan tahunan kali ini jatuh kepada rumah Merah, naib johan rumah Biru, ketiga rumah Kuning dan keempat rumah hijau. Tahniah kepada semua para pemenang dan yang lain pula jangan berputus asa, teruskan mara ke hadapan!

Tahniah juga kepada seluruh guru-guru yang bertungkus lumus dalam memastikan acara ini dapat berjalan dengan lancar dan jayanya. Walaupun sibuk dengan tugas-tugas lain namun tetap memberikan komitmen yang terbaik dalam menjayakan program tahunan sekolah. 

Persediaan para ajk
(Boleh klik untuk lihat gambar-gambar penuh di sini )






Lintas Hormat Pertandingan Perbarisan
(Boleh klik untuk melihat gambar-gambar penuh di sini)





Para pemenang :
(Boleh klik untuk melihat gambar-gambar penuh di sini)









No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...