.

.

.

.

,

,
,

Saturday 26 March 2016

CERAMAH MOTIVASI DAN PENGURUSAN STRESS BAGI GURU-GURU DAN STAF SK BAHAGIA,TAWAU

Alhamdulillah, Kelab Kebajikan SK Bahagia, Tawau telah melaksanakan dan menganjurkan satu program dan ceramah motivasi bagi pengurusan stress khas untuk guru-guru dan staf SK Bahagia, Tawau. Ceramah motivasi ini merupakan satu aktiviti kelab kebajikan dan juga satu usaha untuk menyuntik semula motivasi di kalangan guru guru yang setiap hari berhempas pulas dan berhadapan dengan pelbagai cabaran, di samping pengurusan stress yang betul dan efektif. Insya Allah dengan inisiatif program motivasi ini mampu memberikan semangat baharu untuk terus berjuang di arena pendidikan demi melahirkan generasi gemilang. Penceramah jemputan ialah Pn Hjh Sarimah Julpin kaunselor dan pensyarah daripada IPGM Kampus Tawau dan dirasmikan oleh Guru Besar Encik Ismail Banchir. Tahniah kepada kelab kebajikan dan semua yang terlibat.

Antara persembahan dan aktiviti sepanjang program motivasi untuk guru.

Kumpulan terbaik kumpulan 6..tahniah..

Penyerahan penghargaan kepada penceramah jemputan iaitu Pn. Hajah Sarimah Julpin.

Semua guru-guru dan staf tekun dan bekerjasama antara satu sama lain.

Antara aktiviti program ceramah motivasi iaitu roller coaster! he he he

Kreatif! 

Penyerahan sedekah hasil kutipan dalam salah satu aktiviti yang dilaksanakan.

Penceramah Pn Hjh Sarimah Julpin memberikan ceramah yang mantap dan menggalakkan kasih sayang..


GB Encik Ismail Banchir memberikan ucapan perasmian dan penutupan.

Seronok melaksanakan aktiviti.

MC dan pengerusi majlis Puan Samsidar Yasse.

Bekerjasama...

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...