.

.

.

.

,

,
,

Thursday 7 April 2016

PERASMIAN DAN CERAMAH MOTIVASI KEMBARA UPSR 2016

SK Bahagia, Tawau terpilih sebagai tuan rumah untuk perasmian program kembara UPSR yang dianjurkan oleh MAjlis Guru Besar Tawau dan PPD Tawau. Program dirasmikan oleh Encik Darman Shah selaku pegawai daripada PPD TAwau. Program Kembara UPSR secara amnya merupakan ceramah motivasi khusus kepada murid-murid dan pihak sekolah dalam melangkah dan mencipta kecemerlangan khususnya dalam bidang akademik. Sebentar tadi Encik Noordin yang merupakan GB daripada SK Pekan dan mantan GB SK Chinta Mata telah memberikan sedikit ceramah motivasi ringkas yang mantap untuk inspirasi murid-murid khasnya tahun 6. Turut hadir ialah 3 buah sekolah yang lain iaitu, SK Kukusan, SK Merotai Kecil, dan SK Jambatan Putih. Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini. Tetamu-tetamu lain yang datang ialah Guru-guru Besar sekolah rendah daerah TAwau, Keningau,dan Ranau.

AJK YANG BERTUGAS DI SEBALIK TABIR PROGRAM

KEDATANGAN GURU-GURU PENGIRING

ANTARA GURU-GURU BESAR YANG HADIR

GB ENCIK NOORDIN MEMBERIKAN CERAMAH MOTIVASI MANTAP 

UCAPAN PERASMIAN ENCIK DARMAN SHAH PEGAWAI PPD TAWAU




MURID-MURID TAHUN 6 YANG HADIR DARIPADA 4 BUAH SEKOLAH IAITU SK BAHAGIA, SK KUKUSAN, SK JAMBATAN PUTIH DAN SK MEROTAI KECIL

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...