.

.

.

.

,

,
,

Friday 17 June 2016

MAJLIS PERPISAHAN DAN SALAM SALAMAN GURU-GURU BERPINDAH.

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, begitulah asam garam kehidupan. Sk Bahagia, TAwau akan kehilangan bintang-bintang lagenda yang telah banyak menabur jasa dan bakti dalam menjadikan Sk Bahagia, Tawau sebuah sekolah cemerlang. Majlis salam salaman dan perpisahan 3 orang guru yang akan berpindah iaitu Puan Mudzleeneh, Puan Rosina dan Ustaz Mansor. Puan Mudzleeneh akan berpindah sekolah ke SK Batu Payong, TAwau, manakala Puan Rosina pula akan berpindah dan mengajar di Kota Kinabalu. Ustaz Mansor akan berpindah dan mengajar di negeri asal, Kelantan. Warga Sk Bahagia, Tawau mengucapkan jutaan terima kasih kepada ketiga-tiga guru-guru ini di atas segala jasa dan bakti yang telah diberikan sejak sekian lama. Didoakan semoga terus cemerlang dan sukses walau dimana jua berada amiin. Sekiranya ada rezeki in sya Allah pasti kita bertemu dan bersua kembali..amiin







No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...