.

.

.

.

,

,
,

Friday 5 August 2016

Majlis Salam Salaman dan Video Tribut Guru-Guru Berpindah

Satu majlis salam salaman guru-guru yang akan berpindah, iaitu Ustazah Norlia, Ustazah Raudzahti dan Ustaz Abdul Quddus serta 2 orang guru internship,Cik Mandy dan Cik Beatrice telah diadakan tadi. Semoga terus berjaya dan sukses kepada 3 orang guru, Ustazah Norlia, Ustazah Raudzahti, Ustaz Abdul Quddus, dan 2 orang guru internship, Cik Mandy dan Cik Beatrice... Didoakan semoga terus cemerlang,gemilang dan terbilang walau di mana jua anda berada amiin.




Terimalah tribut video istimewa didedikasikan kepada 3 orang guru lagi yang akan berpindah dan berkhidmat dan pulang ke semenanjung iaitu Ustazah Norlia, Ustazah Raudzahti dan Ustaz Abdul Quddus. (Sila tunggu dalam 30 saat untuk video muncul dan tekan butang HD bagi paparan kualiti terbaik).


Assalamualaikum dan salam sejahtera, terimalah tribut video istimewa didedikasikan kepada 3 orang guru lagi yang akan berpindah dan berkhidmat dan pulang ke semenanjung iaitu Ustazah Norlia, Ustazah Raudzahti dan Ustaz Abdul Quddus. Begitu berat rasanya untuk kehilangan 3 lagi permata dan bintang yang telah selama ini bersama-sama berjuang di arena pendidikan seterusnya menjadikan SK Bahagia sekolah yang disegani dan cemerlang dalam semua bidang. Namun ketentuan Allah itu jugalah yang terbaik. Terima kasih di atas segala jasa, khidmat bakti yang telah ditaburkan sepanjang bertugas di SK Bahagia, Tawau. Walau apapun didoakan kepada 3 orang guru ini, agar dapat meneruskan kecemerlangan dan kegemilangan di tempat baharu. Semoga sekiranya diizinkan Allah, kita dapat bertemu kembali. Terus sukses dan terus berjaya didoakan dan diucapkan kepada Ustazah Norlia, Ustazah Raudzahti dan Ustaz Abdul Quddus. Insya Allah ada rezeki pasti bertemu dan bersua kembali.....(sila tekan HD untuk paparan video khas yang terbaik)"
Posted by Shamsudin Tami on Wednesday, 3 August 2016

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...