.

.

.

.

,

,
,

Thursday 19 January 2017

MAJLIS SUA TEMU WARIS DAN PENUTUPAN TRANSISI TAHUN 1 2017

Alhamdulillah, dengan izin-Nya selesai sudah program transisi tahun 1 2017 yang dilaksanakan selama 3 minggu. Penutupan dirasmikan oleh Puan Maimunah Ali Osman ketua unit kemanusiaan PPD Tawau. Penghargaan tidak terhingga kepada Puan Maimunah yang sudi datang merasmikan majlis tersebut. Penghargaan juga kepada para waris, penjaga dan ibubapa murid tahun 1 2017 yang datang memberikan sokongan. Sememangnya majlis dilaksanakan begitu mantap dengan berlatarkan 3 bahasa utama Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab yang disampaikan oleh 3 gandingan mantap pengerusi majlis iaitu Puan Samsidar (BM), Puan Jamilah (BI) dan Ustazah Hawa (B.Arab). Majlis turut diserikan dengan persembahan Action Song, tarian twist dan penyampaian hadiah. Syabas kepada semua warga SK Bahagia Tawau khususnya AJK program tahun ini yang menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Alhamdulillah.

Untuk melihat gambar penuh bahagian 1 sila klik di sini 
dan bahagian 2 di sini
(Pastikan anda sudah log in ke akaun FB sendiri terlebih dahulu)







No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...