.

.

.

.

,

,
,

Saturday 4 February 2017

MAJLIS SUA TEMU WARIS TAHUN 6 DAN PENJENAMAAN SEMULA SUPERILTIZAM 2.0

Alhamdulillah, terima kasih tidak terhingga kepada para ibu bapa dan penjaga bagi adik adik kita di Tahun 6 yang datang menghadiri Program Sua Temu Waris Tahun 6 Sk Bahagia Tawau 2017 tahun ini.  Penghargaan juga di atas sokongan padu kepada program sekolah khususnya bagi sesi 2017.  Program ini turut dihadiri wakil PPD TAWAU Encik Vaea Sarima dan Rakan Kongsi Pintar iaitu IPG Kampus Tawau, Dr Najamuddin (Timbalan Pengarah) dan Puan Flora (setiausaha pembangunan). Turut hadir YDP PIBG SK Bahagia TAwau, Encik HAmidi, terima kasih tidak terhingga di atas kedatangan dan sokongan. Program kali ini termasuklah bacaan ikrar murid-murid tahun 6 dan Bai Ah (Akad) penyerahan murid-murid oleh IbuBapa dan Penjaga kepada guru-guru Sk Bahagia serta penyerahan target. Turut diselitkan penjenamaan terbaharu SuperIltizam 2.0 dan tayangan trailer. Tahniah dan syabas kepada semua AJK yang bertungkus lumus memastikan program hari ini berjalan dengan lancar. Mudahan adik-adik kita memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSR akan datang dan juga terus melakar kejayaan dalam kehidupan. InsyaAllah amin ya rabbal alamin.

Jum saksikan pula ikrar calon-calon UPSR 2017:
Ikrar Calon Calon UPSR SK Bahagia Tawau 2017

"Andai kami tersungkur, kami akan berusaha untuk bangkit...andai kami gugur kami akan berjuang sedikit demi sedikit" begitu sayu dan syahdu namun penuh semangat juang tinggi ikrar adik adik tahun 6 2017, SK Bahagia TAwau semasa program sua temu waris. Sebak dan sayu mendengar ikrar adik-adik kita namun penuh penghayatan semangat juang yang tinggi. In sya Allah adik-adik tidak ada mustahil dengan izin Allah, langkah mara ke hadapan superiltizam! semoga mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat amin...

Posted by Shamsudin Tami on Saturday, 4 February 2017


Untuk melihat gambar-gambar suasana program yang lain sila klik di sini.
(Pastikan anda sudah masuk ke akaun FB anda sendiri terlebih dahulu)






No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...