ALHAMDULILLAH, Sabtu lalu telah diadakan majlis sua temu waris tahun 6, SUPERILTIZAM 4.0 2019. Majlis ini tujuannya lebih kepada penerangan mengenai aktiviti dan perancangan khas untuk tahun 6 dalam persediaan mereka menduduki UPSR. Turut di uar-uarkan mengenai pengenalan SUPERILTIZAM 4.0 2019 iaitu jenama program khas tahun 6 Sk Bahagia Tawau. Turut diadakan penyerahan sasaran UPSR kepada murid dan ikrar calon-calon UPSR. Terima Kasih kepada para ibu bapa dan waris murid-murid tahun 6 yang hadir mendengar penerangan dan menyokong program dan aktiviti yang telah dirancang. Semoga Allah memberkati dan merahmati usaha ini, dan memudahkan perjalanan kita semua. Semoga adik-adik murid tahun 6 memperoleh keputusan cemerlang di UPSR nanti,insyaAllah aminn.
Sila klik di sini untuk gambar-gambar penuh.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.